11 Disember, 2009

Wanna see my room? Hop in!

| 4 Comments

Wahuuu… Aku memang dah lama nak buat posting nih! Dari sebelum raya lagik. Tapi tak der masa jer. So, sebab aku baru jer ber spring cleaning bilik aku nih, boleh la aku boh kat sini. Kalo entry dulu pasal spring cleaning gak, tapi kali ni spring cleaning kat bilik baru.

Sekarang ni aku dah pindah ke bilik master since budak yang lama dah pindah. Jadik, aku la yang jadi kepala rumah sekarang. Memang selesa la dok bilik ni dari bilik dulu. Besor pun besar, senang nak bergerak sana sini (senang ke?) Hahahaha… So, meh sini aku nak tunjuk bilik baru yang tak berapa nak baru. Hahaha…

Jom lompat kalau nak tengok!

Interactive and creative corner:

IMG_0341

So, inilah ruang yang aku guna untuk berfacebook, blogging dan bertenet bagai. PC yang atas meja tu la yang rosak ari tuh. Sekarang dah okay dah… Hehehe… Yang kat bawah tu pulak, meja kecik dekat ngan rak buku tu pulak, netbook yang aku guna untuk tulis novel. Tapi tempat tulis tu tak tetap sebab kengkadang aku menaip atas katil jer ngan meja² skali. Lebih selesa. Kalo kat lantai, kena bawak bantal toto semua sebab menyakitkan bontot aku jer. Kat atas rak buku tu, sume cenderamata ngan hadiah yang aku dapat dari kengkawan. Atas ekon tu plak, aku boh gelas coca-cola yang aku kumpul.

Entertainment corner:

IMG_0342

Ni la sudut aku slalu abeskan masa menunggu mata ni pejam tiap ari. Sure aku akan on DVD ke, stream video dari PC ke… dan jugak tempat paling penting untuk bermain game kat Playstation 3. Huhuhu… Lama dah tak men game! Rindu lak. Tapi tadak masa. Time aku snap gambo tu, aku tengah play DVD citer “Tales from Earthsea”. Clear tak gambo tu? Hehehehe… Makan ati la korang! :p

My bed:

IMG_0344

Ni ler katil aku tido tiap ari. King size. Pueh ati tido. Buleh guling 360 darjah kat memana aku nak! Hahaha… Satu jer yang tak best pasal katil nih. Tak bley nak ganas² kat atas katil ni sebab base dia pakai kayu. Tak bley nak melompat bagai. Tilam memang la spring, tapi, lompat kalu, mau patah katil tu. Atas kepala katil tu plak, rak yang aku guna untuk aku letakkan buku yang aku baca sebelum tido, biar senang nak capai. Alah! Satu ruang jer yang aku guna. Ruang yang lain sume penuh dengan gambar dalam frame. Cuba teka, gambar apa yang aku letak? (^_^)

Attire corner:

IMG_0343

My cupboard yang penuh dengan pakaian aku. Dulu aku tak penah nak lipat baju aku nih, tapi, sebab dah terlalu berat, akhirnya runtuh besi penggantung baju tuh. So, terpaksa la aku melipat baju² yang aku guna tiap ari. Hahu! Penat sungguh nak melipat baju nih. Memang aku tak suka nak melipat baju, tapi nak buat cemana? Kasut terpaksa aku boh kat situ sebab dah tadak tempat nak letak. Nak letak luar tak muat plak. So, kena la letak kasut kerja ngan boot jer kat luar biar senang nak pakai! Hehehe… Nampak tak penimbang berat? Tiap ari kena timbang tau… :p

Grab and pack corner:

IMG_0345Kalo nak diikutkan, ni adalah tempat least favourite aku. Bukan apa, tempat yang tak best bagi aku. Tapi terpaksa gak guna. Ni la tempatnya aku gunakan untuk menggantung baju yang baru sekali aku pakai (seluar lain cerita! haha…).Beg plak aku terpaksa gantung cam tu sebab dah tak der tempat dah aku nak buboh. Pintu yang satu lagi tu ialah pintu ke bilik air. Bilik air tak payah la aku nak tunjuk kat korang. Hahahahaha…

Basically, inilah tempat aku pulang setiap hari. Tak der la best macam bilik korang yang lain, tapi ianya cozy buat aku. Tambah dok sorang. Memang selesa abes. Tapi, selalunya, tempat yang paling banyak aku habiskan adalah di depan komputer, yang mana 2nd life aku dijalankan. Cheh! Ayat macam bebagus jer. Macam Neo plak ada 2nd life. So, kalau korang nak tau cemana rasanya dok depan PC yang aku selalu guna, tengok la gambar bawah ni:

IMG_0340

Selamat datang ke dunia aku! (^_^)

Tags : , ,

4 ulasan:

  1. sye adew cdngan utk pakaian blakang pintu tu...sye rasew...better abg beli pnyangkut kt kdai rm2...murah pon murah...skuang2nya...kita dpt bezakn yg mne pintu...dn yg mna almari...ken..ken...ken...hahahah

    BalasPadam
  2. Hehehe... Penyangkut tu dah patah. So terpaksalah menggunakan pintu untuk menyangkutkannya. Meh la tulun belikan satu untuk Abang Ijann!

    BalasPadam
  3. ah!!!!...apew la...harge bwh rm2 je...kedekowt tol..huh!!!

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog