24 Disember, 2009

TGV sucks big time!

| 3 Comments

Panas ati aku masa nak gi tengok wayang kat TGV ngan Ariff dan Syafik tadik. Kunun nyer nak ler menonton Avatar ngan derang macam bulan lepas, tapi semuanya hampeh!

Sakit hatiku…

Jom lompat² kalo korang sama panas hati!

Lepas habis kerja, aku terus shoot dari rumah ke KLCC, nak kutip tiket yang aku book 2 hari lepas. Citer Avatar. Kalo aku tak book memang tak dapat la jawabnya. Citer tengah hit, sure full house nyer la. Hahaha… Dengan bangga dirinya, aku gi ler kat kaunter collection untuk tiket booknye, sedangkan line untuk orang beli tiket panjang giler. Tinggi jap la idung kembang kuncup!

Sambil menunggu Ariff ngan Syafik sampai, sempat lagik aku berFB kat beranda depan TGV tu. Bila derang sampai, masuk lah dengan bondon² kudapan untuk dimakan masa tengok Avatar ni. Mana tak nyer, 3 jam, kalo tak beli makanan, sure lapo.

Bila panggung sume dah senyap dan bila movie pun setat, aku, Ariff ngan Syafik memang la konsentrate tengok citer tu. Ada la sekali dua Ariff tanya menda yang dia tak faham. Tup-tup, time 1/3 citer tu berlangsung, tetiba gelap. Yang ada suara jer. Dua tiga menit kemudian, suara pulak tak der. Kendian lampu terang. Adula. Ape ke he!… Pastu ada la satu announcement dari sorang mamat melayu yang Bahasa Inggeris dia Melayu habis.

Gud afternun laydis en jentelmen, wi ar sorri about di interupsyen. Wi wil kontiniu de muvi in a shot wail. Plis remain in yo sit en enjoi de sho…"

Sume satu panggung berbunyik tak puas hati. Ada yang keluar la, ada yang bangun dari seat memasing. Ada yang beli makanan. Macam intermission citer hindustan plak jadinyer. Dalam 15 minit kendian, satu lagi announcement yang sama diulang. Makin bising satu panggung. Sume tak puas hati. Kali ketiga pulak dia buat announcement, lebih kurang 20 minit lepas tayangan tu terganggu, satu lagi announcement keudara. Kali ni bunyi dia cam nih…

Laydis en jentelmen. Wi ar sorri about di interpsyen. Wi ar sorri to infom det de sho has to bi kensel du tu our teknikal problem. Wi wil refun yo mani et de fram kaunter namber 8…

The rest of the announcement aku dah tak dengar sebab satu panggung dah kecoh tak puas ati. Sume pakat angkat kaki keluar panggung nak refund balik duit derang. Termasuk la kami bertiga. Sucks kan? Sakit betul hati aku… Huhuhu…

 

Panjang pulak line beratur nak ambek balik duit. Memula tu dia bukak 1 kaunter jer, then nasib baiklah derang bukak satu lagi kaunter. Kalo dak, sampai pukul brape jer la aku nak dapat duit refund balik. Lepas dapat duit refund, kiteorang gi kat taman KLCC jap, nak isap rokok. Ilangkan panas di dalam hati. Minggu depan kitaorang plan nak ke GSC plak untuk sambung citer ni. Ikutkan nak jer gi esok ke hape. Tapi, Ariff ngan Syafik tak free plak, kena la gi minggu depan. Sian derang! Huhuhu… Tak per, minggu depan kite enjoy ye adik-adik ku sekalian. Hahaha…

Kat taman KLCC apa lagik, posing la sebelum balik. Hihihi…

p/s: Gi GSC jer bagus. TGV sucks big time!

Tags : , , , ,

3 ulasan:

  1. hahahahah...nk gelak je...hahhahahah

    BalasPadam
  2. Suka ko ek dapat gelakkan Abang Ijann? Tak per, Rabu nanti, tengok 3d nyer! Lagik besh!

    BalasPadam
  3. The fact of the matter is its MBO. It's nothing to do with its location at Kuching or anywhere else. MBO just sucks! flat SUCKS!!! I'm staying at KL. Just watched Transformers 3, like just now, at MBO Spark, Desa Petaling. Sound problem man... it was not muted, it's playing. But when you hear the sound, its like as though you were hearing it underwater with the sound amplified. How stupid is that. Me and some other guy went out to complaint, after a while they fixed the prob, but only for a short moment the sound went crazy again. I went out again and ask if they could get the sound fixed and rewind the movie for a bit. They couldnt because it will affect their movie schedule. So i asked if I could get a refund. She's like gladly accpeted my request as though she had been through this all the time with the customers. So I asked again, "Can you refund for all the others inside"?. She's making some face and turned away. So there I was 'trying hard' not to waste my time, finishing the movie in a cinema not worth watching.

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog