04 Disember, 2009

Projek terbaru…

| 2 Comments

Sebenarnya, aku dah tak der idea nak menulis apa, sebab banyak idea aku telah ditulis kat blog aku yang satu lagi tuh. Blog apa? Tak payah la aku nak cakap blog yang mana. Sebab bagi aku, blog yang satu lagi tu cukup personal dan penuh dengan pemikiran “terlampau” aku. Hak hak hak hak…

Masa aku sekarang ni banyak habis depan netbook aku semata² nak menghabiskan penulisan novel aku yang dah lama tertangguh. Kali ni, aku betul² dah nekad nak menamatkan cerita yang dah aku mulakan beberapa tahun dulu. Tapi, aku rasakan aku terpaksa bermula semula dari awal sebab banyak ayat² yang ada dalam penulisan aku yang lama perlu diupdate balik. Dah kelam-kabut aku rasa…

Dengan pertolongan seorang kawan dari office, well bukan satu office sebenarnya pun. Al-maklumlah, pejabat aku sekarang ni dah tak sama dengan dia. So, terpaksalah berhubung melalui (YM). Dia sedikit sebanyak dapatlah menolong aku dengan penceritaan novel aku tu. Dapat jugaklah kami create 1 kerektor untuk aku masukkan dalam novel aku tuh. Okay la tuh! Walaupun pertolongan dia bukan secara terus, tapi sedikit sebanyak, dengan pertolongan dia, perjalanan cerita banyak berubah. Tu ler sebabnya aku cakap aku kena mula balik cerita tu dari mula. Banyak yang nak kena rombak.

Tak tau la bila nak siap novel tu. Tapi aku boleh katakan tak lama lagi kot... Baik aku persiapkan memana yang patut sebelum aku hantar untuk diedit dan diproof-readkan. So… Ganbare… p(^_^)q

p/s: Banyaknyer kerja…

Tags : , , ,

2 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog