08 Disember, 2009

My busy Saturday…

| 2 Comments

Sabtu hari tu, lepas habis kerja, aku cepat² balik ke rumah sebab nak berkejar ke Time Square. Sebab aku dah berjanji dengan Zarina ngan Azrin nak keluar berpoya². Saja jer sebab nak menghabiskan duit yang tengah kayo (banyak la ko!). Memang dah lama dah cadang nak keluar, tapi Sabtu lepas jer dapat keluar sekali sebab aku dah clearkan semua aku nyer jadual untuk hari tu untuk derang.

Pas berjumpa dengan Azrin, aku diperkenalkan dengan Jannah, saudara kepada Zarina yang turut sama menjoinkan diri bersama² kiteorang untuk ditonggang-terbalikkan. Hahahaha… Sebenarnya sebelum tu kitaorang cadang nak gi tengok wayang jer. Tapi disebabkan wayang dah macam ala² kawasan orang membeli tiket nak balik raya, tak jadik kitaorang nak gi tengok. Last² kiteorang masuk jer ke Kosmo World untuk berpoya².

Entah cemana, ada kesilapan teknikal la plak. Kiteorang terlupa nak bawak kamera lepas kiteorang perosok semua barang dalam locker. Nak bukak balik rugilah sebab locker tu telan sekali jer token RM2 yang kiteorang beli. So, kiteorang pun mengenjoykan diri la dengan semua rides yang ada kat dalam amusement park tu. Time ni la nak menjerit lepaskan tension sebab tak der tempat lain dah yang boleh kiteorang pergi untuk menjerit. Tapi, yang menjeritnya sorang jer; si Azrin. Kiteorang yang lain pakat gelak berdekah² jer ngan dia sebab dia kunun² berani naik semua rides. Dari kaler coklat kulit tu, terus jadik putih. Dari menjerit² cuak, terus terdiam tak terkata apa² sebab terlalu takut. Hahahaha… Best tak Azrin! (^_^)

Kitaorang sempat snap gambar time dah habis semua rides jer. Then, kejadian yang berlaku lepas tu adalah, kiteorang makan KFC sebelum masing² beredar balik ke rumah. Tapi aku cukup puas sebab dapat membuli Azrin dengan kadar yang sunguh maksima. Kui kui kui kui. Jangan marah aaa Azrin. Nanti dah tak kiyut.

Kat bawah ni adalah gambar² yang sempat kitaorang snap pas main semua rides tu. Enjoy!

Sekian…

Tags : , ,

2 ulasan:

  1. yg pastinyew....org yg dibuli...adalah...saye!!!!...urmm....xpew2...tp...mmg syok gilew la...xpenah naik bndew2 mcm tu...1st time tu...sbb tu kejut2 mukew nie...heeeee...papewpon...nie la the best experience with the older people beside my life...ceh2....terima kasih abg ijan...kak zarina..ngan kak jannah...sbb sudi keluar ngan sye,...hehehehehe...c u all dilain kali ag

    BalasPadam
  2. Okay la tu kena buli. Daripada kena pulau!

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog