25 Disember, 2009

Jaquezeean meet-up!

| 2 Comments

Malam ni aku dengan fellow Jaquezeean buat miting kat umah aku. Skali ngan potluck (atau popluck mengikut kata Ijat). Memacam menda yang derang bawak; dari cucur udang, murtabak, sate, float, cheese cake, aiskerim… Hai! Sampai tak abes makan la. Konyang den!

Sebenarnya miting ni adalah untuk membincangkan tentang vacation kiteorang ke Cameron Highland (sekali lagi) tak lama lagi dah. So, sekali ngan acara perbincangan tu, serta makan², kitaorang bincanglah sekali tentang acara yang akan kiteorang buat untuk tahun 2010. So, miting kali ni tak sia² lah… Kira macam lontar dua burung dengan satu batu gitu. Errr… Yer ker bidalan tu? Ah! What eva!

Sebelum abes miting, kitaorang posing sakan dengan baju baru Jaquezee menggantikan baju hitam Jaquezee yang lama. Biru gitu you! I like! So, aku nak huraikan agenda miting tu, rasanya tak payah la kot. Kalo korang nak tau, kena la join Jaquezee nih! Haha… So, gambo² kat bawah ni adalah gegambar masa miting tu. Ikut turutan dari mula sampai abes. Enjoy!

Tak sabo dah aku nak gi vacation nih! Lama tak kuwa ngan kengkawan Jaquezee reramai. So, miting ni habis lebih kurang dalam pukul 1.30 pagi. Tu pun lepas Shahrul dan Sue dah surrender ngan mata yang ngantok. Balik la semua lepas tuh! Hehu… Tak sabar nyer nak gi Cameron!

Tags : , ,

2 ulasan:

  1. Jaquezee nie apew??....persatuan hati2 muda kew????(hati mude...yg lain tua...oooppssss)bwekkk!!!!..hehehehe-peace-

    BalasPadam
  2. oooOOOooo... Jaquezee ni, kelab muda mudi hati bahagia. Hahahahaha... Yuran kemasukan RM10,000.00 tak termasuk bayaran perlindungan bulanan RM1,000.00. Berminat?

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog