16 Oktober, 2009

Quite a long time…

| No comment

Hehehehe… Greeting y’all! Lama benor aku tak mengupdate blog aku nih. Sampai ada orang yang bertanya ke mana menghilangnya aku dari menulis menda² dalam blog ni. Dah bersara ke hapa?…

Bukan bersara, bukan berhenti… bukan jugak dah fed-up. Cuma sekarang ni, aku agak bizi dengan kerja² opisan dan jugak beberapa perkara peribadi dan impian aku untuk dilaksanakan. Jadi, aku berehat sekejap nak ambik angin baru. Tak salah kan? Tapi, bila 2-3 orang dah bertanya aku tentang blog aku ni, rasa rindu pulak nak menaip balik dan merepek. Derang kata kat aku derang tak der bahan bacaan kat opis. Bosan. Kalo ada menda yang aku tulis kat sini, ada gak ler masa untuk derang nak dibuang, Kah kah kah kah…

Terima kasih kepada Gurl
Terima kasih kepada Aniraz a.k.a. Zarina
Terima kasih kepada Shahrul
Terima kasih jugak pada…

Terharu gak bila dapat tau ada yang suka baca menda merepek aku kat sini. Hehehe… Ye la, aku bukannya tulis menda² yang blog itu dan ini tulis. Aku tak tulis pasal dunia, aku tak tulis pasal politik, aku tak tulis pasal teknologi. Aku hanya menulis untuk diri aku, untuk kepuasan diri, sikit² untuk lepaskan geram tu pun ada gak… untuk membuat momento kepada diri sendiri tentang apa yang berlaku pada diri aku. Supaya aku ingat, I’ve been there and done that! Supaya aku tak lupa.

Bila berhenti menulis dalam blog ni hampir sebulan lamanya, terasa juga ada sekelumit perasaan yang masih lagi terperangkap di dalam kepala yang tak dapat nak dikeluarkan. Bertepek² rasanya pelbagai perasaan yang hendak diluahkan, tapi dipendam, diperam dan dihenyak menjadi tebal dalam benak. Time rasa nak meletup, meletup gak la. Kalo tak, aku biarkan jer sampai aku lupa time aku main game, tengok dvd dan jugak bergaduh dengan Ijat ( ;p). Lepas tu tak nak ingat balik sampailah ianya datang balik dalam kepala dan pusingan tu terjadi balik. Hehehehe… Bahaya kan? Boleh gila kalau siapa yang tak tahan.

So, tak mo tulis pepanjang. Nanti korang bosan lak. Aku benti sini dulu. Nanti aku sambung balik. Esok kot. I promise I will come back and write stupid things! By the time y’all wait, tengok la dulu gegambar aku time raya ari tuh, okay? (^_^) Good!

p/s: Sorry. Tak der gambar best pun time raya ari tuh. Gambar² ni la yang paling best buat aku.

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog