04 September, 2009

Buka puasa.

| No comment

Adeh! Senak gak perut berbuka puasa tadik. Bukannya apa, senak sebab terlalu banyak stuffed makanan dalam perut. Some more, Kak Shima asyik buat lawak spontan dia jer kat meja kitaorang. Macam nak termuntah pun ada. Apa pun, berbuka kali ni, masih tetap macam dulu, hingar-bingar dengan gelak tawa kami di Credit Control walaupun di meja kami hanya terdapat 5 orang sahaja…

Jom lompat bio makanan turun cepat!

Time 4.30 petang jer, terus aku, Lisya ngan Kak Shima shoot ke pasar malam di Jalan Masjid India. Nak window shopping kononnya. Bukannya apa, saja jer nak memenuhkan waktu sehingga waktu berbuka nanti. Ye la, bulan puasa ni, office hour habis 1/2 jam lebih awal dari biasa. Ada 2 jam setengah nak menunggu waktu berbuka. Jadik, idea dari Lisya untuk ke Jalan Masjid India memang dialu²kan, walaupun pada mulanya aku agak keberatan nak pergi. Dalam kepala hanya teringatkan bantal dan katil jer.

Lebih kurang jam 6.15 petang, kami terus keluar dari Jalan Masjid India dan terus menuju ke hotel Grand Season sebab kat sanalah majlis berbuka puasa tu diadakan. So, macam biasa, kami sampai awal daripada yang lain sebab waktu tu pun lebih kuran jam 6.45 petang. So, duduk² dulu kat meja yang kami dah reserve dan menunggu waktu berbuka.

Kami mengambil makanan 15 minit lebih awal. Ye lah, makan buffet macam ni memang la penuh dengan orang. So, kalau lambat ambik, surelah kena beratur. Dari mengelakkan menda tu terjadi, lebih baik ambik awal. Aku ambek lebih kurang jer, sikit² takut nanti tak habis. Lagi pun, time buffet ni lama, So, ambik jer la mana yang perlu sebelum pusing untuk round kedua dan ketiga…

Satu yang aku tak lupa, macam jugak tahun² lepas, projek penyeludupan makanan masih dijalankan. Hehehe… Jenuh mata tolong tengok line clear ke idak. Yang si Lisya pulak, terbahak² gelak bila nak bungkus makanan tu. Hehehehe… Kak Shima pulak, buat muka selamba derk jer. Siap bawak tupperware lagik! Hehehe…

Satu yang aku tak boleh lupa pasal berbuka puasa ni, pengalaman baru buat aku, aku mencuba untuk makan tiram mentah. Cuba jer satu, mana tau sedap. Time aku masukkan jer dalam mulu, mak aih! Rasa macam nak muntah jer. Segala macam menda ada. Dari rasa hanyir, lendir dan segalanya yang tak sedap la, ada dalam mulut aku. Time tu pulak, bebudak lain termasuklah bos aku tengok gelagat aku makan tiram tu buat first time. Nak aku luahkan, tak sedap la pulak sebab kat tempat public kan. Tempat makan plak tu. Nak tak nak terus la aku telan… Time tu gak aku rasa nak termuntah. Tapi aku tahan jer. Bergelas gak la aku minum air.  Huhuhu… Yang lain plak, pakai gelakkan aku besar²an… Adeh! Tapi tak per, pengalaman ni kira okay la jugak sebab lepas ni, aku dah boleh makan menda ni. No problem punya la!… Actually, the taste not so bad la! Hehehehe…

Until next time!

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog