31 Ogos, 2009

Merdeka day…

| No comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52!

Hahahaha… Tahun ni, agak meriah jugaklah sambutan hari kemerdekaan aku kalo nak dibandingkan dengan tahun² sudah. Kenapa? Sebab tahun ni aku telah disenaraikan oleh company aku untuk menyertai kontigen perbarisan dalam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 52.

Memanglah pada mulanya kami pektis marching macam nak rak, tapi sudahnya, marching telah dibatalkan dan digantikan dengan pasukan lambai di sepanjang jalan di dataran Parlimen. Huhuhu… Kalau dulu, apa yang dirancangkan adalah dengan mengadakan kawad di Stadium Nasional Bukit Jalil, tapi memandangkan flue babi tak reda lagik, derang dah pindahkan acara ke dataran Parlimen pulak. Baguih la! Tak ler penat sangat nak marching dalam bulan poser nih. Hehehe…

Jom lompat…

Hari pertama (30.8.2009)

Memang hari ni tak ada prektis melambai macam hari sebelumnya. Sebab pada hari ni, kami akan di check-in kan ke dalam hotel Grand Continental. Sebabnya KPJ tak nak sesapa yang menyertai sambutan hari kemerdekaan ni datang lambat macam hari latihan dulu. Ada yang datang lambat, ada yang datang lewat.. ada gak yang tak datang langsung. So, sesapa bila dah dikumpulkan sekali, senanglah kerja. Esok bila nak ke Parlimen, pergi sekali.

Tak ada apa pun yang menarik lepas kami check-in kat hotel. Dapat kunci dalam pukul 12 tengahari, then ada la taklimat daripada En. Azri yang merupakan ketua kontigen KPJ nih. So, dalam bilik ni, aku dah di tempatkan bersama dengan 2 orang kawan baru aku yang juga merupakan ahli kontigen KPJ. Derang dua ni adalah student PNC dalam fisiologi physioteraphy. Sorang nama Omar, sorang lagi nama Zai. Kepala kerek macam aku gak. Hahahaha… Besh besh!

So, hari yang pertama ni, tak ada apa pun yang kitaorang buat, selain daripada membuat paras, mengedar pakaian untuk dipakai esok hari dan jugak aktiviti berbuka puasa. Sebelah malam pulak lepas berbuka puasa lebih kurang jam 9 malam, ada lagi taklimat daripada Datin Fauziah, HR Manager KPJ. Then lepas tu, kami bilik untuk tidur sebab esok pagi kitaorang kena bangun awal lebih kurang jam 4 pagi; untuk sahur dan bersiap.

Balik bilik, aku, Omar dengan Zai sembang bagai nak rak, sambil menjahit logo KPJ kat baju yang akan kitaorang pakai esok, sambil mendengar lagu raya sekuat² alam. Hahahaha… Lantak la buat bising pun, bukan ada orang pun kat floor kitaorang nih! Pastu, Omar ngan Zai nak kluar gi Coket jap cari seluar, aku plak mandi bubble bath ( :p ) Dalam bilik air… Wahahaha… Best betul! Then, tidooo…

Hari kedua (31.8.2009)

Kitaorang bertiga bangun awal ari nih, pukul 4.00 pagi dah bangun. Tu pun pas alarm tipun masing² dah melalak. Ha, apa lagik, masing² gi basuh muka segala sebab nak turun makan sahur. Tak der kosernya nak mandi pagi² nih. Terus jer sarung seluar, sikat rambut pastu terus turun ke lobby untuk ke dewan makan.

Aha! Kitaorang la orang KPJ paling awal turun. Sorang pun tak nampak batang idung. Sah memasing tengah sedap tidur. Kitaorang bantai la makan sampai lah nampak beberapa orang budak KPJ lain turun untuk bersahur dengan berpakaian siap untuk sambutan hari kemerdekaan nanti. Ayomak! Derang dah siap dah. Kitaorang bertiga still lagik dengan pakaian tidur. Hahahaha… Lekas² kitaorang makan, then terus naik bilik untuk pakai pakaian kitaorang. Bila dah siap, kitaorang turun balik ke lobby dan berkumpul dengan the rest. Tepat jam 6.00 pagi, kitaorang bertolak ke Parlimen dengan menaiki bas.

Sampai kat sana, kitaorang merupakan kontigen pertama yang sampai, Hahaha… Lantak kome lah yang lain nak sampai lambat ker. Asalkan kitaorang panctual sudah. Aku time nih dah berpakaian OT (operation theater). Si Omar dengan Zai pulak berpakaian office a.k.a. Support Service. Masing² dah siap dalam barisan dengan tangan pegang bendera dan shield 1 Malaysia. Dok la kitaorang kat situ sampai la hari siang dan acara kemasukan orang ternama ke pentas utama.

Pung pang pung pang… Acara pun abes. Time orang² kenamaan keluar dari pentas utama, kerja kitaorang la untuk melambai derang sama macam derang masuk tadi. Kira macam bagik warm welcome dengan sad goodbye la tu. Huh! Hampeh!!!… Pas abes sumer derang balik, kami satu kontigen pun membuat acara paling penting untuk hari ni, iaitu acara bergambar. Penat la berposing sana sini… Hehehe… Maklumlah, ada jer kamera, posing… Kamera kat situ posing… Kamera sini, posing lagik. Kira macam hantu bergambo la… Janji muka masuk dalam frame.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, bas pun datang. Naiklah kitaorang untuk balik semula ke hotel sebab acara sambutan hari kemerdekaan dah habis. So, dalam bas, masing² dah lengek, dah tak bermaya dah semua. Penat nak mampos. Tapi aku okay lagik… Memana yang tak tidur dari semalam, memang dah tak larat nak angkat mata dah, dalam bas dah melayan tidur. Bila sampai kat hotel, En. Azri bagik briefing penutup acara sebelum kami semua pulang ke bilik untuk berehat, dan kemudian check-out jam 12.00 tengahari… Balik la rumah lepas tu.

Fin.

p/s: Penat nak mampos!… Korang sambut merdeka kat mana laks?

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog