24 Ogos, 2009

I’m on a mission…

| No comment

mission_logo_001

Aku sekarang ni tengah dalam misi untuk mencapai beberapa target dalam masa terdekat. Hahahaha… Nak tau apakah misi tu? Hehehe… Tunggu kata² dari penaja dulu. Ahahahaha…

Jom terjun paracut untuk ke misi…

Misi pertama : Turunkan berat badan. (^o^)/

Gelak la korang bila baca misi aku yang pertama ni. Aku sendiri pun gelak gak bila aku tulis menda alah ni. Tapi betul apa yang aku cakap tu? Memang aku tau aku dah gemok gila sekarang. Mana tak nya. Berat aku dulu lebih kurang dalam 105kg. Jangan la terkejut. Memang berat giler. Kalo nak dibandingkan dengan ketinggian aku (178.5cm), BMI readings memang tak balance. Sekurang² aku kena berada dalam berat sekitar 75kg jer. Maknanya aku kena loose weight lebih kurang 30kg. Mak Aih, banyak betul! Mampukah aku?

So, setakat ni, aku dah berjaya mengurangkan berat badan aku ke 97kg. Kurang la 8kg. banyak gak tuh. Ada lagik 22kg aku kena kurangkan. Hahahaha… Tapi jangan la pulak korang cakap time puasa ni berat aku turun. Owh no no no!… Aku dah mula menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum puasa lagik! Huhuhu… Bukan apa, ari tuh dah kena tegur dengan tuktur bahawa aku ni dah overweight. So, kena la kurangkan berat badan kalo nak selamat. Adeh! Seram pulak aku dengar tuktur tu cakap cam tu kat aku. Macam la esok² aku dah nak mati disebabkan obesiti.

So, starting from today, aku kena turunkan 22kg supaya BMI aku kembali balance dengan ketinggian aku. Kang tak der pulak orang yang nak meminang aku! WAHAHAHAHAHA… Nanti la, kalo aku rajin, aku updatekan berat aku hari ke hari turun berapa. So, korang boleh tau cemana progress aku, dan aku gak motivate diri sendiri supaya lebih kuat berusaha. Positif beb, positif! Itu yang penting…

Misi kedua : Mulakan chapter baru dalam hidup aku!

Kalo korang mengikuti blog aku nih, korang tau la apa jadik kat aku semenjak dua menjak nih! Mental breakdown aku membawa aku menjadi seorang yang agak sasau! Meghoyan tak tentu hala sebab tak dapat nak menerima kenyataan bahawa aku kena rijek. Ahahaha… (^o^)/ Satu lagi statement yang agak menggelikan hati sendiri, mungkin jugak bagi korang yang membaca. Well, walaupun aku masih belum lagi 100% belum dapat menerima kenyataan itu, aku terpaksa jugak kena telan sebab… aku dah tak nak lagi membuang masa aku dengan mengasihani diri sendiri, menangis (Gelak la… gelak! Cakap la apa korang nak cakap, tapi itulah hakikatnya, tak kira la perempuan atau lelaki, pasti akan menangis jugak!) dan jugak memikirkan kekurangan diri.

Cuma aku berfikiran postif sahaja sekarang ni dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa, “I got nothing to loose! Dia tak nak aku, maka dia adalah seorang yang amat rugi kerana tak mahu mengenali siapa diri aku, dan apa yang telah dia kehilangan.” Kena la pujuk hati sendiri babe dengan mengatakan benda² sebegitu pada diri sendiri. Kalau diri sendiri tak pujuk, siapa lagi? So that’s it! Tutup chapter lama, dan mulakan chapter baru yang bakal menyusul. Harap² indah la hendaknya. Apa² pun, happy yang penting…

Misi ketiga : Menjadi orang yang lebih transparent dan honest.

Hahahaha… Yang ni, aku kena berterima kasih kepada seseorang yang baru aku kenali semalam. Respect aku dengan cara dia. Kalo ko baca apa yang aku tulis ni, I salute you! You already become my idol! Sekurang²nya aku belajar benda baru dalam hidup aku. Ya cakap ya, tak cakap tak. Be transparent dengan apa yang dikatakan. Sekurang²nya aku jujur dengan diri sendiri, dan jugak jujur pada orang yang sedang aku katakan. Sekurang²nya apa yang aku cakapkan, tak diterima secara salah. Jadi diri sendiri dan tak perlu jadi diri orang.

Bukan apa, kadang² dah penat dah nak jadi orang lain. Dah penat menghipokritkan diri sendiri sebab terpaksa berpura² semata² nak menjaga hati dan perasaan orang lain, tapi perasaan sendiri terabai. Last² dok monyok kat dalam bilik. Bermelancholy secara tak sedar. So, I’m not going to be that person anymore. I want to be me, and I want to be who I really am…

Misi keempat : Ulang semula misi pertama sehingga misi ketiga

Ahahaha… Misi ke ni? Boleh la dikatakan misi. Kalo tak der misi, keempat ni pun, tak guna ada misi pon. Baik jadik misi kat hospital, lagi bagus. Hehehe… Semoga misi pertama hingga misi keempat tu, akan menjadikan aku orang yang lebih baik (a better person).

p/s: Kalo ikutkan, banyak lagi misi yang nak aku nak buboh. Tapi tak guna gak kalo bubuh misi bebanyak kalo tak buat. Cukuplah empat jer misi tu untuk masa terdekat ni. Itu yang penting bagi aku sekarang! Korang, ada misi yang korang dah tetapkan? Ada? Bagus… Tak der? Pikir baliklah! Hidup kat dunia ni tak lama, gunakan sebaiknya!

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog