23 Ogos, 2009

I’m back!…

| No comment

2757682747_ac7939c04b

Hello ebelibodi!

Hehehe… Well, now… I’m back again, writing. Cukup² dengan mental breakdown aku yang membawa aku ntah ke mana². I had enough. Pengalaman yang cukup memberi aku pelbagai pengajaran tentang erti sebuah kehidupan yang selalunya tak seindah yang dikhabarkan. Tapi, tak semuanya buruk, ada jugak pengalaman yang cukup indah, yang mana pada dasarnya aku fikirkan adalah sesuatu yang amat mustahil dan memberikan impak besar untuk seumur hidup…

Lets go jump trampoline… Happy² joy²!

Hehu. Bulan Ogos ni, mungkin memberikan aku satu kenangan yang memang tak akan aku lupakan seumur hayat aku. Kenangan yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disemat kemas dalam kepala. Well, at least I’ve been there and done it! Sesuatu yang memberikan aku satu makna yang amat memberi erti tentang kehidupan sendiri. Well, pengajaran tentang jatuh bangunnya aku di dalam percubaan untuk mendekatkan diri dengan seseorang. Walaupun pada mulanya amat pahit untuk aku telan, tetapi “ubat” yang aku ambil itu telah menyembuhkan aku dari luka dan duka yang setahu aku memang telah aku bawa dari dahulu. Well, the door to the cage already open for me now. So, satu kaki aku sudah berada di luar, dan satu kaki lagi masih berada di dalam sangkar. Bila² masa sahaja aku boleh terbang dan menikmati hidup bebas.

8 tahun adalah masa yang aku ambil untuk kembali menyukai seseorang. Dan apabila masa yang begitu lama diambil, sudah tentunya seseorang itu amat istimewa dan berada di tempat paling indah di dalam hati aku. Tapi, apabila semua semangat dan keberanian di ambil hanya untuk memberitahu isi hati yang meronta², sudah tentunya ia melibatkan maruah, perasaan dan keikhlasan hati. Dan itu adalah apa yang aku buat. Tapi, harga sekeping hati yang kembali basah untuk kali pertama dalam jagka masa 8 tahun itu seperti tiada nilainya, bayangkan betapa hancur dan hampanya hati apabila ditolak. Seolah sudah sampai masanya hayat berada di penghujung.

Tapi, dengan adanya sahabat² di sisi, semuanya hilang sedikit demi sedikit. Keinginan untuk kembali semula menikmati kehidupan datang dengan sendiri. Senyuman kembali terukir di bibir aku. Sahabat² semuanya memberi sokongan hayat supaya aku dapat berdiri semula. And for that, aku amat bersyukur kepada Allah kerana menunjukkan kepada aku siapa sahabat yang sebenar. Bukan sekadar hanya pada waktu suka, tetapi untuk ketika aku berduka juga…

Ah! Biarkanlah ianya berlalu. Walaupun sisa² luka yang aku rasai masih ada, namun kehidupan tetap perlu diteruskan. Aku bangun dengan orang yang baru. Luka pasti akan tertutup, dan sedih takkan berlaku selamanya. Cuma biarlah perasaan itu tinggal di dalam hati aku buat sementara waktu (atau pun selamanya), masih aku dakap, masih lagi aku pegang, masih aku simpan, masih aku pelihara… sehingga matanya terbuka luas melihat apa yang sudah dia terlepas pandang! Melihat apa yang telah dia kehilangan.

New day baby! New shining day!…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog