14 Julai, 2009

Dah siap!

| No comment

Alhamdulillah… Akhirnya perpindahan bebudak Credit Control ke pejabat baru siap dengan sempurnanya pagi tadik. Semua barang² telah diangkut dengan selamatnya menggunakan lori. Cuma tinggal untuk memunggah dah mengemas semula barang² yang ada di dalam kotak.

Kita jump dulu…

2-3 minggu ni aku memang la bizi nak mampos. Mana nak siapkan report, mana nak buat reminder, mana nak handle memenda KSR lagik. Pening jugak la kepala aku. Satu hal lagik nak pindah office dari Ampang ke Titiwangsa. Adeh! Satu hal yang memang menyiksakan…

Tapi alhamdulillah. Perpindahan ke office baru berjalan lancar pagi tadi. Tak ada yang menyusahkan memana pihak. In-fact, semua ceria jer mengangkat barang ke office baru. Bila dah sampai sana, tinggal nak carik port untuk makan minum, port menghisap rokok, port meletak kereta dan sebagainya. Seronok gak hari ni. Rasanya perpindahan kali ni merapatkan jugak hubungan antara seisi Credit Control.

Satu hal lagik, bila dah habis semua menda diangkat ke pejabat baru, masing² berebut nak memilih tempat duduk baru kat office. Yang bernasib baik tu, dapat la jugak duduk kat tempat yang agak best. Manakala yang lambat tu, terpaksa la mengambil tempat yang agak kureng. Tapi, walau macam mana pun, masing² tak menunjukkan muka tidak membantah (kecuali seorang dua) dengan kedudukan meja masing², sambil muka masing² menunjukkan frasa, “ada aku kisah?” Hehehe… Jangan pas ni ada yang bergaduh tarik rambut udah!

Hehehe… Okay lah! Malas nak tulis pepanjang. Nanti aku hapdet lagik!

p/s: Mintak mahap la! 2-3 menjak ni post aku asyik text jer! Al-maklumlah, aku punya memori card adaptor untuk M3 dah ilang. Tak tau letak mana. Tu yang tadak gambar tuh!

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog