11 Julai, 2009

Bidan terjun…

| No comment

Wahahahaha… Hari ni aku telah membuat sesuatu yang luar dari norma kebiasaan aku. Entah cemana tergerak hati aku nak menyanyi, walaupun aku tau suara aku ni macam itik serati. But I did it! I did it without any sense of shame infront of anybody… which I haven’t been doing for a loooonnnngggg time!

Jom lompat kalau nak tau lebih lanjut!

Hari ni merupakan hari saringan kepada pertandingan karaoke/nyanyian untuk salah satu acara di Family Health Day di Titiwangsa nanti. Selepas habis sahaja waktu bekerja, kami semua terus bergegas ke Dewan Anugerah untuk menonton saringan pertandingan karaoke/nyanyian tersebut. Sedang semua ahli yang masuk bertanding sedang memilih lagu untuk dinyanyikan, terasa la pulak nak join sekali. Entah macam mana, Lisya terjumpa pulak lagu yang aku nak nyanyi. Terus dia tulis nama aku kat list pertandingan sebab Lisya ni salah seorang sub-committee untuk pertandingan tu.

Hehehe… Pada mulanya, tak la ramai sangat yang datang menonton. Tapi lepas sorang demi sorang yang naik ke pentas dan menyanyi, ramai pulak yang datang menonton. Huhuhuhu… Nak penuh jugak la dewan tu dengan audience.

Sampai jer time aku diumumkan, adeh… Rasa sejuk pulak tapak tangan ni! Tapi, lantak la! Naik jer la. Dah sampai atas pentas, ramai pulak yang aku tengok. Aduiiii… Ingat saja la nak suka² jer, tapi ramai pulak yang menonton. Mampus aku.

Bila muzik mula jer berbunyi, dan senikata keluar jer kat skrin tivi, terus aku nyanyi. Langsung aku tak tengak orang ramai yang kat bawah yang menonton. Mata aku tertumpu jer dekat skrin tivi sebab aku takut nak tengok audience. Maklumlah! Dah lama betul aku tak naik pentas. Last time pun lebih kurang 7 tahun lepas. Perut masih lagi rasa kecut. Huhu…

Alamak… Terasa suara macam sumbang la pulak. Nak dicomparekan dengan itik serati, rasanya suara aku lagi bughok kot. Sempat gak la aku menjeling kiri dan kanan bila Kak Liza naik ke pentas dan memberi bunga kepada aku. Huarghhhh… Ada la yang sengih, ada yang gelak… Ada gak yang mengekek… Mungkin sebab suara aku tak sedap kot. Memang betol pun tak sedap! Hehehehe… Tapi lantak la. The show must go on! :p

Habis jer lagu “Adam Ahmad – Kau pergi jua” tu, terasa lega la pulak dah habis. Huhuhu… Habis dah aku nyer seksa. Tapi aku puas. Sebab aku berjaya memberanikan diri untuk buat perkara yang orang lain tak berani nak buat. At least aku dah membuktikan kepada diri sendiri bahawa self-esteem dan self-confident aku masih lagi kekal bersama aku. Bukan sebab nak tunjuk suara aku sedap atau tak. Action is more important than talk, and I proved it. I am not a coward!

Cukup la aku buat sesuatu yang spontan dan bidan terjun. Mungkin lain kali aku akan buat lagi jika masa dan tempat bersesuaian.

Isnin nanti aku boh video aku menyanyi tu. Hehu!… Bye!~

Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog