31 Julai, 2009

Berakhirlah…

| No comment

Akhirnya, berakhirlah peperangan yang sudah lama tercetus di dalam perasaan aku. Berakhirlah sebuah penyiksaan yang lama aku tanggung. Dan walaupun masih tiada noktahnya di dalam pertanyaan aku, aku tahu, aku telah berjaya mengalahkan semua ketakutan dan mengumpul segala keberanian untuk aku mengatakan sesuatu yang tidak pernah aku luahkan selama ini kepada seseorang. Aku telah berjaya membuktikan bahawa aku bukanlah seorang yang pengecut seperti yang aku sangka selama ini…

Jom lompat setempat untuk meraikan kejayaan ini…

Seperti yang telah aku ceritakan dalam monolog yang lepas², aku ada menceritakan bahawa hati aku telah terpaut kepada seseorang. Seseorang yang amat aku minati sejak kali pertama aku bertemu mata dengannya. Walaupun masanya tidak lama, tetapi aku dapat merasakan getaran yang sedikit sebanyak mengganggu perjalanan hidup aku. Terus terang aku katakan di sini, aku memang tak suka dengan perasaan itu. Walaupun dulu ada riak² kecil yang arusnya sampai ke hati aku, aku berjaya menerpisnya, tapi kali ini aku gagal untuk menahan gelombang besar yang menghanyutkan aku dalam perasaan sendiri. Aku tak berjaya untuk menidakkan kehadiran perasaan yang mengetuk pintu hati aku.

Dah puas pelbagai cara yang aku lakukan semata² untuk menidakkannya, tetapi aku tak mampu untuk membohongi diri aku sendiri kerana perasaan itu telah berjaya terbenam jauh di dalam benak dan minda aku. Dan sekarang ianya telah mekar di hati sehingga ianya menyesakkan nafas, menempitkan ruang fikir dan membenam aku dalam ketidak pastian. Segala²nya membuku di dalam hati kerana aku tidak mampu untuk menceritakannya kepada sesiapa, dan ianya telah meletus pada hari ini kerana aku sudah tak tahan untuk menerima lagi kemahuan fikiran tentang jawapan kepada perasaan itu.

Hari ini, aku telah mengumpul semua keberanian yang masih ada. Dan aku telah berjaya memberitahu segala² kepadanya. Walaupun masih belum lagi terjawab soalan yang aku berikan, namun terasa seperti segunung batu yang tertindih di bahu aku telah diangkat selama²nya. Walaupun masih belum lagi terjawab persoalan itu, terasa seperti belenggu yang selama ini mengikat aku daripada kebebasan berfikir, telah dilepaskan dengan perasaan yang sungguh ringan. Aku sudah boleh memikirkan semuanya dengan betul dan dengan bijak. Aku adalah seorang yang bebas… Aku mampu berjalan semula.

Walau apa pun jawapan yang diberikan, terima atau menolak, ya atau tidak… Semuanya sudah tidak penting sekarang. Jika ya, aku bersyukur kerana satu²nya perasaan yang selama ini aku rasakan tidak penting, berguna juga akhirnya. Dan jika tidak, aku akan akur dengan keputusannya. Aku akan tetap menghormati pendiriannya. Dan aku tidak lagi akan mengganggu perjalanan hidupnya. Aku tidak lagi akan wujud dalam hidupnya melainkan seorang kawan, atau seorang sahabat jika itu yang dia mahukan. Atau aku mungkin akan menghilangkan diri seolah² aku tidak wujud di dalam hidupnya. Dan semua ini tidak pernah berlaku…

Walau bagaimana pun, fikiran aku lebih berat memutuskan keputusan untuk tidak menerima, kerana aku tahu, dia sudah pun terikat dengan komitmen penting di dalam hidupnya. Jika itu yang diputuskan, aku akan beralah! Aku yang akan menghilangkan diri seperti seorang silap mata. Dan aku nasihatkan kepadanya, tidak perlulah berat² lagi untuk memikir lagi tentang diri aku yang memang sudah pun menyusahkan hidupnya. Aku tidak mahu menambah beban kepada daya fikir dirinya. Aku akan beralah… Ya! Itu keputusan aku. Keputusan muktamad. Keputusan kepada dua pilihan yang telah lama aku fikirkan selama ini. Dan aku berterima kasih kerana membuatkan pilihan untuk aku. Aku bersyukur.

Apa pun jawapan, aku tetap berasa lega kerana aku sudah tidak perlu memikirkan lagi tentang hal remeh ini. Aku redha dan tawakal. Mungkin setiap keputusan yang dibuat ada hikmah disebaliknya. Jika ya, aku mungkin tidak lagi kesepian seperti sekarang dan dahulu. Jika tidak, aku masih lagi bernafas untuk mengingati hari ini supaya hati aku lebih keras daripada sekarang. Mungkin keras untuk selama²nya… Hey! Hidup sendiri pun bukannya teruk sangat pun. Paling teruk pun mati sendiri jer… Hehe… Itulah resam dunia…

Jadi! Aku sekarang sudah bebas untuk berfikir. Bolehlah aku menyambung kembali novel aku yang masih lagi tertunggak untuk dihabiskan semenjak Februari yang lalu. Tak sabar rasanya nak menunggu macam mana reaksi pembaca aku nanti…

Bubbye semua. Till next post! Doakan aku sihat sejahtera!

p/s: Esok aku bercuti sehingga Isnin. Bolehlah aku fikir macam mana ending kepada novel aku nanti. Tunggu ya novel aku. (^_^)/

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog