28 Julai, 2009

2 pilihan…

| No comment

Aku rasa, blog aku ni dah jadi medan untuk aku melepaskan apa yang terpendam dalam kepala hotak aku ni, yang kadang-kala dapat membantu aku untuk menenangkan diri daripada pelbagai menda yang menyesakkan diri aku sendiri. Bukan tak ada kawan atau sahabat untuk bercerita… Bukan tak ada keluarga untuk aku bertanyakan nasihat, cuma aku rasa dengan cara inilah sahaja aku dapat mencurahkan, malah meleraikan apa yang kusut dalam fikiran aku. Dapat aku berfikir secara rasional apa baik buruk tentang perkara yang bakal aku ambil selepas ini. Dengan cara menulis buah fikiran akulah, aku dapat ketenangan daripada gelojak perasaan…

Jump…

Pertemuan aku dengan bekas kawan sepejabat tadi telah membuatkan aku berfikir tentang perjalanan hidup aku yang masih lagi jauh. Semuanya adalah kerana mempersoalkan apa yang aku suka dan apa yang aku minat untuk lakukan. Semuanya gara² pertanyaan tentang hidup mana yang lebih selesa dan yang mana lebih bahagia. Memang tak dapat nak dipastikan buat diri aku sendiri, kerana kedua² adalah perkara yang sukar untuk aku pilih kerana kedua² adalah perkara yang sama taranya buat aku.

Tapi mana yang lebih penting?

Kalau aku pilih perkara yang aku suka, sudah tentu aku akan tinggal lebih lama dengan benda² yang membuatkan aku tersenyum. Kalau ada 2-3 perkara yang membuatkan aku rasa sakit hati atau sebal, itu mungkin satu perkara kecil yang boleh dilupakan keesokkan harinya… Dan hari esok, pasti aku akan tersenyum kembali.

Kalau aku pilih perkara yang aku minat, aku terpaksa meninggalkan apa yang aku suka. Tiada lagi kegembiraan dan senyuman yang akan aku rasai setiap hari. Mungkin aku akan lebih tertumpu kepada perkara yang aku minati bermula dari awal sehingga akhirnya… Dan membuatkan hati aku kembali mati dan keras seperti dahulu. Bukanlah satu perasaan yang ingin aku mahukan. Tapi, apa yang aku minati adalah apa yang aku idamkan selama ini. Ianya impian, ianya keinginan dan ianya adalah cita² aku sejak dari dahulu.

Adakah aku akan memilih keadaan yang selesa? Dengan hidup yang tidak lagi memerlukan aku memikirkan perkara rumit dan menyusahkan. Semuanya terletak di tangan aku, cuma perlu menambah 1-2 perkara yang masih lagi menjadi persoalan untuk diselesaikan.

Atau hidup yang bahagia? Walaupun ianya hanya anganan kosong, dan mungkin juga permainan jiwa yang hanya berpihak sebelah sahaja, namun ia mampu memberikan aku sebuah senyuman dan sebuah harapan menggunung. Yang mampu memberikan aku semangat untuk meneruskan satu lagi hari yang entah bila akan berakhir…

Semuanya bermain² dalam kotak kepala aku. Semuanya membuatkan setiap sel² dalam otak aku tidak berhenti untuk menjari jawapan kepada persoalan ini. Mahu atau tidak mahu. Hati aku tertambat pada sebelah sini, namun sebelah kaki aku sudahpun berada di tempat lain… Aku pening!

Mungkin betul, aku memerlukan shrink untuk mencari jawapan yang betul. Sebelum sampai masanya, biarlah aku bermonolog sendiri dalam blog ini walaupun aku tau tak ada siapa yang berminat untuk mengetahu apa yang bermain² dalam fikiran aku!

p/s: Kadang-kala, lebih seronok menjadi seorang budak sekolah yang mana pilihan masih lagi bukan di tangan sendiri tetapi di tangan Mak dan Abah… (T_T)

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog