08 Jun, 2009

Monolog lagi?

| No comment

Lama dah tak buat post. Mau gak seminggu. Tak ada apa yang menarik pun untuk seminggu yang lepas yang boleh dijadikkan posting. Nak kata ada nak meluahkan perasaan pun tak der sebab tak ada apa yang hendak diperkatakan. Cuma kedatangan Mak ngan Abah ke KL jer yang mencetuskan rasa gembira di hati walaupun sekejap.

Monolog selepas jump. Klik pautan di bawah kalau nak baca, tak nak baca tak payah klik! Heh heh!

Jadual aku pun dah banyak yang bertukar, serba sedikit menjejaskan perjalanan kerja aku. Tapi tak apa jugak. Sekurang²nya aku ada beberapa masa lagi untuk touch-up beberapa benda yang berlu aku polish sebelum aku meneruskannya. Due kepada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, event hospital melalui KSR yang sepatutnya berlangsung pada minggu depan, telah ditunda ke bulan hadapan. Hopefuly event akan terus dijalankan memandangkan dah banyak kerja yang dah aku buat. Kalau dibatalkan, rasa sebal pun ada gak. Huhuhu… Penat aku buat, tapi tak jadik…

Keduanya perpindahan ke office baru. Ianya masih lagi dijadualkan minggu hadapan cuma aku terasa perpindahan kali ni (selepas 2-3 kali berpindah!) menjejaskan sedikit kerja² aku di office. Aku terpaksa speed up kerja² yang mungkin akan bertangguh selama seminggu akibat kerja² perpindahan itu, dan selepas siap perpindahan, terpaksa pula bergelumang dengan kerja² manual disebabkan ketiadaan sistem di tempat baru. Memang hendak-tak-hendak terpaksa juga aku memperlajukan kerja² itu supaya tidak menyusahkan aku balik nanti. Matilah…

Cuma apa yang aku tunggu²kan adalah Hari Keluarga bagi Unit Credit Control 2 minggu dari sekarang. Alang akan turut serta dalam Hari Keluarga aku nanti selepas aku mengajaknya. Aku pergi sorang² pun bosan jugak. Yang lain semua ada keluarga yang turut serta, tapi aku sorang². Sebab itulah aku mengajak Alang untuk bersama dengan aku pada Hari Keluarga tu nanti. Sekurang², dia ada aktiviti nak buat pada 27 dan 28 haribulan nanti. Dia pun dah tawar hati dengan kelab dia sendiri… So… aku rasa, ajakan aku tu memang tepat pada masanya.

bosan

Tetiba, time aku tulis menda nih, dan mencari satu gambar tentang “bosan”, aku terbaca satu posting kat blog sorang minah Indon nih. Dia amek menda tu yang di kopipes dari forum derang. Membuatkan aku panas hati jer. Memang terbakar betul aku! Nasib baik la Alang ada menenangkan aku. Cuma aku boleh simpulkan kat sini, bahawa penulis blog dan pemula forum tu adalah antara manusia² bodoh yang tiada sensitiviti dan teramat bongok sebab tak buat homework dahulu sebelum menekan butang  “submit” tu.

Ah! Malas nak pikir. Memang derang ni jenis manusia bodoh dan tak tau nak bersyukur!

p/s: Perlu ke aku peluk tubuh jer sedangkan orang luar sana memperkotak-katikkan negara sendiri? Sentimen nasionalis aku masih lagi tebal beb!

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog