01 Jun, 2009

Lawak dipagi hari…

| No comment

Hehehehe… The funniest happened this morning. In-fact, it will happen throughout the day. Itu pun kalau aku rajin untuk memalukan diri sendiri sampai ke petang. Hahahaha… Tak sanggup aku. Mungkin tengahari waktu lunch nanti aku akan lakukan sesuatu supaya lawak yang aku buat tak berpanjangan sehingga ke petang…

Lawak apa yang aku buat? Semuanya lepas jump…

Nak kata brengsek pun ada. Nak kata lawak pun memang ada. Tapi bagik aku, aku jadikannya sesuatu untuk menaikkan mood baik kawan sekerja yang lain, walhal menda tu agak memalukan diri aku sendiri. Tapi tak per la, mungkin ianya tidak lagi akan berlaku pada masa yang akan datang.

Apa yang berlaku sebenarnya? tengok jer la apa yang aku pakai pagi tadi…

Hehehe… Kontra betul kan? Semuanya gara-gara aku terlambat nak kejar LRT pagi tadi. Keadaan masa tu pulak gelap. Aku capai jer stokin yang memang aku dah siapkan kat bilik. Pada masa tu, terdapat 2 pasang yang aku tinggalkan dan aku pulak terlupa nak simpang 1 pasang lagi tu. Dalam gelap, aku capai saja stokin tu dan sarung dalam gelap. Hasilnya, seperti yang terlihat dalam gambar di atas. Hahaha… Lawak kan?

Tapi aku dah berjaya menaikkan mood kengkawan dekat opis. Tu yang penting… Maklumlah. It’s Monday Blues…

Tengahari karang, aku akan membeli stokin baru. Dan menggantikan stokin yang ala-ala kontra kalau dilihat dari jauh. Hehehe… Buduz betul aku hari nih! Korang plak, penah ke jadik kejadian macam aku nih?

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog