01 Jun, 2009

Ketika mata tak dapat dipejam…

| No comment

Dah jenuh untuk mencuba melelapkan mata, tapi masih lagi tak berjaya. Hendak kata dah tidur petang tadi (biasalah hari Ahad…), tak jugak sebab aku hanya dapat melelapkan mata hanya untuk beberapa ketika. Mungkin lebih kepada nap dari pada deep sleep…

Daripada aku terus tak dapat tidur, lebih baik aku buat entry. Biarlah apa² entry pun asalkan mata ni jadik letih dan mengantuk kemudiannya. Tak nak aku main game sebab aku tau, kalau aku main game, sudah tentunya aku terus tak akan dapat nak tidur. Cukuplah kalau selepas aku buat entry ni, mata aku akan cepat mengantuk dan aku akan tidur 2-3 untuk aku bangun pagi nanti.

Hmmm… Speaking of getting up in the morning, pagi nanti aku akan ke pejabat dengan LRT. Aku tak pergi dengan Ainol macam biasa sebab dia cakap dia cuti 1 haribulan ni. So, back to basic. Sebenarnya, aku suka bangun awal pagi dan kemudiannya berjalan dalam gelap dalam keadaan sejuk. Mengingatkan aku sewaktu aku bersekolah dulu. Yelah… pagi² lagi dah dikejutkan oleh Mak dan kemudiannya mandi dengan air yang amat sejuk. Air di kampung mana sama dengan air di bandar ni. Sejuk pagi dia lain macam. Sampai ke tulang… Air di KL ni, sebanyak mana pun kita mandi, sejuknya tetap tak terasa…

Selalunya, kalau aku ke pejabat awal pagi, aku akan mula bertolak jam 6.15 pagi. Tu paling awal. Paling lewat pun 6.45 pagi. Dan aku akan pastikan hari masih lagi gelap sewaktu keluar rumah. Cuma pagi² beginilah udara di KL lebih nyaman dari waktu² biasa. Bukan senang nak dapat udara segar kat kota besar macam ni… Dan bila dah naik LRT pulak, sejuk aircond LRT pulak yang ambil alih. Memanglah lebih sejuk daripada angin pagi di luar. Tapi aku suka!

Bila tak dapat tidur ginih, macam² menda yang difikirkan. Selain daripada mengira kambing² melompat pagar, selalunya pemikiran lain akan lebih mudah menjengah dan kemudian melupakan hasrat untuk  mengira kambing² yang melompat pagar sebanyak yang mungkin. Paling banyak yang aku kira selalunya sampai 30… Kemudian aku akan berimaginasi dengan pelbagai menda yang selalunya merepek. Selalunya (selain daripada menulis entry…), aku akan berimaginasi menjadi salah satu watak dalam X-men. Tak pun Heroes. Selalunya aku akan menjadi watak Peter Petrelli dan membuat jalan cerita sendiri. Bagaimana aku akan berlawan dengan Sylar dan of course, aku akan menang pada akhirnya. Well, that’s my imagination… I can be what ever I want… Hahaha… Aku tau, bukan aku sorang jer yang macam tu, korang pun sama. Kalau tak sama dengan aku pun, korang akan berimaginasi menda lain. Tak yah nak tipu. Koman² pun, korang akan berimaginasi tentang hidup gembira korang dengan orang yang korang suka!… :p

Biarlah aku dengan imaginasi aku. Biarlah imaginasi aku tu linger dalam kotak fikiran aku tiap kali aku nak tidur. Sekurang²nya aku akan tidur dengan senang hati, sebelum bermula dengan hari yang penuh dengan dugaan dan pelbagai masalah. Masalah? Hemmm… Dunia manusia ni, kalau tak ada masalah, bukanlah hidup sebagai manusia. Mungkin hidup sebagai pokok atau pun tumbuhan. Ataupun benda lain… Tapi, selalunya masalah ni, untuk manusia macam kita, samada kita akan harunginya ataupun kita akan melarikan diri daripadanya. Tapi bagi aku, sebaiknya lebih baik kita harungi daripada melarikan diri. Setidak²nya kita akan mendapat pengalaman daripadanya, dan seterusnya menyelesaikannya…

Dan bila dah selesai dengan masalah itu, pasti akan ada masalah baru yang timbul. Tapi tak apa. Ianya masalah lain yang perlu kita hadapi. Kalau kita hanya melarikan diri, dah tentu masalah tak akan selesai dan ianya akan bertapuk menjadi benda yang tak berkesudahan dalam hidup. Tak kisahlah bagaimana ianya akan kita harungi; elok, buruk, pahit atau manis… ianya hanya bergantung bagaimana kita menyelesaikannya. Tapi yang pasti, nama pun masalah. Mulanya pasti dengan keburukan dan kepahitan. Tapi outcome yang akan diperolehi pasti akan elok dan manis…

Eeee… Apa yang aku merepek ni? Hahahaha… Bermonolog la sekejap. Biasalah, orang tak dapat tidur. Macam² menda yang direpekkan. Tapi tak kisah, korang nak baca, bacalah… Kalo tak nak, pun tak ada masalah. Fine with me! Heh heh heh…

Esok pagi, bermulah bulan baru. Jun! Dah macam² acara dan perkara yang disusun untuk bulan ni. Dan pastinya aku pada bulan ni akan sebok. Bermula saja minggu pertama, aku dah pasti akan sibuk dengan statement² dan franking. Belum lagi sorting dan posting… Semuanya perlu disiapkan dalam masa seminggu sebelum aku memulakan tugas lain. Pada minggu kedua pulak, aku akan mula sibuk dengan aktiviti KSR. banyak menda yang perlu dipromosikan. Banyak poster yang perlu aku siapkan untuk aktiviti ni, walhal aku satu benda pun belum ready. Hahaha… Nasib baik aku ada beberapa idea yang boleh aku implementkan untuk kerja² KSR ni. Cuma perlukan masa jer untuk dibuat.

Minggu ketiga aku rasa mungkin lebih sibuk. Terdapat dua acara besar untuk minggu ketiga. Pindah office dan hari keluarga Credit Control. Hmmm… Pindah office memang memeritkan. Banyak menda yang perlu di pack dan disusun untuk dipindahkan ke office baru. Ni nanti aku akan ceritakan pada waktu yang lain. Begitu jugak dengan hari keluarga Credit Control. Dua perkara yang memerlukan konsentrasi maksima untuk diselesaikan. Bila tiba waktunya nanti, aku akan cerita…

Manakala minggu ke empat pula, minggu untuk keluarkan semua reminder yang aku buat bermula pada minggu ke dua dan ke tiga. Satu kerja yang bagi aku amat ghenyah! Walaupun kerjanya tidak begitu susah, tapi ianya memakan masa. Paling tidak dua hari. Paling lama empat hari. Semuanya perlu dibereskan sebelum bulan baru bermula… Huhuhu… Dan apa yang menambah “seksa” itu, hanya aku seorang yang bertanggung jawab untuk menyelesaikannya.

Tapi aku masih lagi ingat kata seseorang yang pernah berkata kepada aku:

That is your job. You have to do it wheater you like it or not. That is your responsibility!

Kata² seseorang ini masih lagi segar dalam kotak fikiran aku. Walaupun tak pernah berjumpa (period!), aku terima apa yang dikatakannya sebagai cabaran kepada aku. Dan ianya tetap tertanam dalam kepala aku selagi aku ingat dengan kata²nya. Terima kasih aku kepada seseorang itu. I know it’s not much, but my deepest thanks anyway… (^_^).

Mata aku masih lagi tak mengantuk. Dan aku dah kehabisan perkataan untuk menulis. Dan waktu dah pun semakin lewat. Mungkin aku perlu untuk mencuba melelapkan mata dan sekali lagi membawa peranan aku sebagai Peter Petrelli seperti di dalam Heroes. Atau aku mungkin perlukan sekali lagi khidmat kambing² yang melompat pagar. Mungkin kali ni aku memerlukan banyak kambing untuk melompat pagar² itu. Tapi sebelum tu…

Alarm clock?… check… Breath right?… check… Mineral water?… check… Fan and ventilation fan?… check… Apa lagi ek? Basuh kaki?… also check… But before that, I want to have a smoke before I go to sleep.

Have a good day ahead guys! And sweet dream!

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog