01 Jun, 2009

Hehehe… Dah ganti!

| 1 Comment

Nampaknya, aku tak la lagi menjadi bahan lawak di opisan aku sampai ke petang. Sebab aku dah beli stokin baru! Wahahahaha… Sungguh selesa dengan stokin baru ini. Lihat stokin baru ku, baru kan? Wahahahaha… Lepas lunch kat KFC tadik, terus aku gi kedai pakaian Royel di Ampang Point. Malas aku nak gi Sock World sebab kat sana mahal sangat. Jadik aku carik jer la kat Royel sana nun. Beli 3 dengan satu harga jer. Aku hambek sekali dengan satu neck tie yang agak lawa jugak la bagi aku ni. Then terus bayar kat kaunter… Malas nak pikir lagi. Terus balik ofis kemudiannya…

Post penuh lepas jump…

Meh sini aku nak nunjuk stokin yang aku pakai pagi tadi yang aku ala-ala bengong jer sarung tanpa usul periksa. Hehehe… Padahal selalunya memang aku check tiap kali nak menyarungkan kasut. Ntah kenapa kebengongan melanda hari aku hari ni. Bak kata kawan aku Mardau, hari ni memang hari bengong aku yang semestinya adalah satu perkara yang amat betol. Hehehehe… And I’m glad that I made her day with my clumsiness. :p

Dan gambar di bawah ni pulak, lepas aku beli stokin baru sekejap jer tadik. Hehehehe… Stokin kaler biru lagik. Dari atas sampai ke bawah biru gitu. “Saya nampak biru hari ni…” Heh heh heh heh…

So, ambeklah apa yang terjadik kat aku ni sebagai teladan kat korang. Jangan lupa check stokin korang tiap kali korang nak menyarungkan kasut korang tu. Kang jadik macam aku dan menjadi bahan lawak dari pagi sampai ke petang (kalo korang beli stokin waktu lunch, korang jadik bahan lawak sampai ke tengahari jer la…). Tak pasal-pasal… Nak ke?

Tags : ,

1 ulasan:

  1. emm...xpenah jd lg dlm sejarah hidup,,,
    slalu pakai stokin masa nk kuar kete,,,
    drive kaki ayam..ahaks

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog