30 Jun, 2009

Credit Control Family Day 2009 – Bahagian 1

| No comment

Well, the day I’ve been waiting for ended last week. Seronok jugak la Family Day untuk Unit Credit Control tahun 2009 yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka. Banyak perkara yang berlaku sepanjang Hari Keluarga tu…

Full post after the jump…

Okay aku mulakan laporan ni bermula pada pagi Sabtu 27hb June. Pagi macam biasa aku bersiap untuk ke tempat kerja. Cuma pada hari ni yang lain sikit, aku bawak beg besar berisi pakaian. Bila Ainol sampai, kami bergerak sekejap ke kedai Kak Zie sebab nak ambik 2 karton air mineral yang aku minta Kak Zie belikan hari sebelumnya. Then, aku ngan Ainol terus shoot ke Ampang Puteri.

Kat opis, dah ramai yang bersiap dengan beg pakaian. Barang² nak ke sana pun dah banyak yang siap. Apa yang aku dapat perhatikan, sepanjang 4 jam kami bekerja tu, semuanya tak fokus. Masing² dah tak sabar nak memulakan perjalanan ke Melaka. Dan bila dah jam 12.30 tengahari, masing² mula beredar dari opis. Ada yang pulang ke rumah, dan ada yang mengangkat barang² ke dalam kereta. Aku menunggu kedatangan Alang ke Ampang Puteri untuk fetch aku. Dia ikut sekali untuk Family Day kali ni.

Lepas makan tengahari, Aku, Nizam, Adli dan Kak Shima mula bertolak ke A Famosa Resort, Melaka. 2 kereta yang bergerak. Dan kami berhenti sebentar di RnR Seremban untuk menunggu kereta Lisya sampai. Kak Liza pun ada bersama Lisya sebab Lisya dan Kak Liza dah lama merancang untuk pergi bersama.

Sampai kat A Famosa Resort, kami berjumpa dengan Kak June untuk mengambil kunci banglow dan berehat sementara menunggu aktiviti malamnya. Sementara tu, kami melawat rumah banglow yang lain. Ada yang dekat dan ada yag jauh. Dah puas berjalan melawat rumah kengkawan yang lain, kami duduk jer di rumah merehatkan diri, mandi dan sebangainya… BIla jam dah pukul 7.30 malam, kami bergerak ke rumah banglow Kak June untuk aktiviti yang dah dirancang sebelum ni. BBQ. Huhu… Kerja aku malam tu, ambil gambar jer. Sonang Baitu!

Bila dah habis makan, kami telah diumumkan oleh Kak Jun yang kami bakal bergerak ke Cowboy Town pada malam tu. Satu bas tour telah di charted specially untuk kami ke sana. Apa lagik, masa kat Cowboy Town tu, memang meriah, Mana² yang bawa anak kecil, ada yang bawak naik ride, ada yang tengok persembahan pentas, ada yang main game… Macam²lah.

Habis saja kami pusing satu Cowboy Town, kami mula bergerak pulang ke rumah banglow masing². Badan dah penat giler. Sampai jer di rumah, aku, Nizam dan Nazrul terus terjun ke dalam pool sebab tak tahan tengok bebudak lain dah terjun ke dalam pool petang tadik. Nasib baik la air kolam tu tak sejuk. Seronok jugak la berenang.

Dah penat berenang, kami naik semula dan bersiap untuk tidur. Bila masing² dah siap mandi, duduk la kami kat ruang tamu dan bersembang sehingga jam 2 pagi sebelum masing² tewas dalam kesejukan air cond bilik masing².

~bersambung ke bahagian 2~

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog