19 Jun, 2009

Bila hati bersuara!

| 1 Comment

Lama nya tak buat posting. Rindu pulak. Bukannya sebab apa. Aku agak bizi semenjak kebelakangan ni. Jadik, nak buat posting oun dah macam malas sebab slalu asyik tertidur awal sebelum sempat nak menaip segala. Adalah jugak idea 2-3 untuk dijadikan entry tapi hampeh. Asik tertidur jer kerjanya. Last² jadik malas nak menaip…

Full post after jump…

Ada jugaklah beberapa perkara yang terjadik beberapa hari ni. Tapi aku buat tak tahu jer. Kalau diikutkan memang menyakitkan hati. Terang² berlaku di hadapan mata aku, bukan setakat sekali, tetapi tiga kali berlaku. Dan pada satu pihak yang lagi satu, menjadikannya seolah² tak ada apa² pun yang berlaku. Cukup menyakitkan hati dan perasaan. Dan pada ketika itu jugalah terasa seperti hidup aku ni tidak lagi penting. Kadang kala pula terasa seperti hidup aku ni seumpana peminta sedekah. Mengharap itu dan ini dengan wajah yang ternanti². Memanglah bunyinya tak sedap di dengar, tapi itulah yang aku rasa sekarang.

Mana pergi janji, mana kata² yang dahulunya manis dihamburkan ke muka aku? Kalau betul hendak mengotakan apa yang dikatakan dulu, katakan… Kalau tak mahu, kata tak mahu. Tak perlu aku ternanti² perkara yang sekarang ini menjadi sesuatu yang tak pasti. Tak perlu aku berfikir dan mencari alasan untuk menyedapkan hati sendiri. Sedangkan pihak yang satu lagi bersedap² dan menghayati keindahan dunia atas kesusahan orang lain…

Aku tak kisah sebenarnya. Tapi cubalah ada rasa sedikit sensitiviti bila aku berasa tidak berjauhan. Paling tidak, aku terasa kecik hati bila perkara itu berlaku. Bila dah kecik hati mulalah perasaan lain akan dirasai. Memula kecik hati, lepas tu rasa iri, mulalah menyampah kemudiannya, bila dah menyampah sakit hati akan terasa. Dah tu, mulah hati ini akan berkata itu ini…

Aku tak nak bercakap banyak. Cuma aku hanya pegang kata mula. Ya, kata ya dan itu adalah apa yang aku ikut. Cuma itu yang aku tuntut!

uncategorized-kartun

Tags : ,

1 ulasan:

  1. sememangnya manusia mudah utk berkata-kata tapi mengotakannya..sungguh payah..kadang2 lupa yang dia pernah mengucapkannya..

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog