30 Jun, 2009

Al-kisah nak berpindah…

| No comment

Minggu depan, mulakah aku dan office mate aku berkemas untuk berpindah di tempat baru berdekatan dengan Hospital Tawakal. Pada awalnya, kami diwar-warkan untuk berpindah tidak jauh dengan Hospital Pakar Ampang Puteri, iaitu di atas sebuah bank yang agak ternama di sini, tapi semuanya tidak terlaksana disebabkan Pengurus yang telah mencari tempat lain…

Cerita lanjut selepas jump…

Memanglah tak berkenan kat hati kitaorang sebab ianya dah meimbulkan pelbagai masalah kepada kitaorang. Terutamanya yang duduk jauh dan beranak kecil. Bertambah lagi perbelanjaan untuk datang ke office. Bertambah lagi milage bulanan. Tapi gaji sama jer. Huhuhu… Tapi walau macammana pun, perpindahan ni tak sangat memberi effect kepada aku. Effect pun sikit jer.

Antaranya tempat makan. Aku memang tak berapa gemar dengan kawasan makan di sekitar tempat tu. Kebanyakannya semua mamak, yang ada kedai Melayu pun, mahal nak mampus. Lagi satu tak der tempat untuk bershopping macam Ampang Point kat APSH. Tapi tu bukanlah masalah berat bagi aku, cuma nanti, kalau aku tak keluar makan, tak ada lagilah tempat aku untuk berpeleseran sehingga habis lunch hour. Boring laaa…

Kita tengok jer la nanti macammana. Nanti aku buat follow-up…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog