26 Mei, 2009

Shopping day…

| 1 Comment

Tetiba hari ni aku tak mo makan. Terasa kenyang pulak waktu lunch nih. Mana tak nyer, aku dah bedal nasi goreng pukul 11.00 pagi tadik. Giler punya lapar time tu. So, hari ni aku berjalan² kat Ampang Point, kununnyer nak berpeleseran selama sejam kat situ. Aku ditemani oleh Mellisya yang sama tak mau makan time lunch nih. Hehehehe… Apa lagik window shopping la.

Apa yang aku beli? Semuanya lepas jump!

Kunun ah! Nak window shopping, tapi bila balik opis jer, banyak betul aku menjinjit barang. Kalah pulak si Mellisya yang tadinya kata nak beli barang. Ha! Aku yang kononnya nak mewindow shopping ni la pulak yang banyak ngabiskan duit! Miahahaha… Apa yang aku beli? Jeng jeng jeng…

Adeh! lawo la pulak jam yang aku tengok kat butik BUM Equipment nih! Konon Mellisya yang berkenan dulu nak bagik kat husband. Tapi aku pulak yang beli! Cam no? Terbang gak la 2-3 keping note RM50 ari nih! Nasib baik dapat diskaun!… Kalau idak, tak do la den nak boli bondo nih!

Lepas tu, kitaorang naik ke tingkat 2 pulak. Saja la nak tengok baju, kunun… Last² terbeli pulak 2 helai seluar pendek. Nasib baik la ko murah! Kalo berpuluh², jangan harap la aku nak beli kau! Mellisya pulak, yang kununnya nak beli baju, hampeh! Langsung dia tak beli apa pun. Window shopping jer. Ada gak dia belek² 2-3 helai baju, tapi dia tak berkenan kot… Lepas kami kat kedai pakaian tu, turun la kami ke kedai bakery. Mellisya beli bun kejap, aku pulak melilau tengok kedai kasut. Nasib baik tak berkenan…

Cepat² aku keluar dari Ampang Point lepas Mellisya beli bun dia tu. Aku takut nanti aku beli menda lain plak. Tak ke naya… Tapi semuanya tak bermakna sebab, time nak balik tadik, aku telah membeli benda nih! Huhuhu… Cam no la aku boleh terbeli. Tapi tak perlah! Untuk kegunaan aku gak. Apa benda yang aku beli? Ni la dia…

Memang aku dah lama nak beli menda nih. Baru tergerak ari nih aku beli menda nih. Pun… nasib baik la murah! Kalo idak, tak do den nak memboli bondo nih! Hahahahaha… Tapi siyot betol! Banyak betul abis duit ari nih! Huhuhuhuhu… Gi kutip utang la pas nih!…

p/s: Pakcik tak kayo! Kayap dah ni ha…

Tags : ,

1 ulasan:

  1. shopinggg shopingggg...janji nak belikan aku rice cooker kecik n toaster

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog