17 Mei, 2009

Alhamdulillah, hasratku menjadi nyata…

| No comment

Permintaan kecilku menjadi nyata akhirnya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Rentetan kepada cerita tivi kat kampung yang rosok tempohari telah memberikan sedikit sinar kepada hasrat aku untuk membelikan tivi baru kepada mak dan abah. Biarlah terasa gembira sedikit hati mak ngan abah, dan apa yang penting, mak tak lagi bosan keseorangan di rumah… Abah bercadang untuk membatalkan tempahan tivi nya tempohari sebab ianya mengambil proses terlalu lama. Jadi di sinilah peranan utama aku dan adik beradik yang lain untuk mengambil alih.

Tak tahulah jenis tivi LCD yang macam mana akan aku belikan nanti. Aku masih lagi melihat² jenis tivi yang sesuai untuk kegunaan mak ngan abah. Asalkan ianya tidak terlalu complicated dan sukar untuk dioperate oleh mereka nanti. But the thing is, eventhough it’s not too hard to operate, it won’t be a low end tivi. A branded one would be my prime choice so that it will last long…

Prior to that, I asked my little brother to stop by at my brother’s house to get my old 21 inches tivi to be sent back at home. Ye lah, sebelum aku dapat membelikan mereka tivi baru, dapat jugak la mereka untuk menonton tivi. Sekurang²nya, derang tak bosan di rumah, terutamanya mak. Sedih hati aku bila dia bercerita tentang cucunya tidak lagi tinggal serumah dengan mak ngan abah. Tak ada kawan untuk dia berbual. Ternampak² bayangan cucunya yang seorang tu. Maklumlah, semenjak dari bayi lagi mak dan abah menjaga Syahira, tapi tiba² diambil pulak mak nya minggu lepas untuk tinggal di KL. Hati siapa yang tak sedih bila orang yang rapat tidak lagi bersama…

p/s: I miss my mummy… (v_v)

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog