25 April, 2009

Versi menunggu di GP... Lagi...

| No comment
Aiseh! Buhsan pulak menunggu si Leya nak sampai ke Green Park (GP) nih. Katanya nak menerangkan something kat aku. Tapi batang idong dia tak nampak-nampak dari tadik. Dah kat kul 3 dah ni. Nak dijadikkan cerita plak, handphone aku habis bateri la pulak. Lupa aku nak charge masa kat office tadik. Hmmm... Bosan betul menunggu nih... Nasib baik la aku bawak netbook ngan Maxis BB nih. Bley la aku surf sambil menunggu...

Kak Zie pulak, naik ke atas sebab nak ambik barang. Dia kata nak turun balik kemudian. Tak der plak aku member nak berborak. Makan sorang jer la aku ari nih. Si Lan ngan Shahrul plak, katanya nak gi repair kereta kat tempat keje Man. Tak tau la bila nak siap. Kunun malam karang nak gi makan steamboat sesama. Tak tau la jadi ker idak...

Errr...

Alamak, dah sampai pulak si Leya. Tak per, sambil aku menaip nih, aku tunggu dia makan. Wahahahaha... Ada kawan nak sembang. Tak perlu lagik aku nak menunggu sesapa. Abes jer dia bagik penerangan pasal... Emmm... Insurans lagi. Hehehehe... Banyak betol kengkawan aku yang menjual insurans. Dari tempat kerja, sampai la ke rumah. Ada jer yang menjadi ajen.

Hmmmm... Tak tau la apa yang aku nak tulis lagik. Nanti la aku sambong. Hihi... Maka habislah versi menunggu aku di GP sambil bertenet.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog