28 April, 2009

Teater “Mahsuri”…

| No comment
View Makan di Johnny

Lepas habis kerja petang tadik, aku terus bergegas balik ke rumah. Sebabnya aku nak bersiap untuk ke teater “Mahsuri” kat Istana Budaya. Aku dah berjanji dengan Pidah lebih kurang 2 minggu yang lepas. Pidah dapat 2 tiket tu daripada Amoi (geng MDC) yang tak dapat nak gi sebab dia telah selamat melahirkan baby pertamanya. So, Pidah pulak menjual 1 tiket kepada aku… (seronok… seronok… lama dah tak tengok teater!)

DSC00934
Tiket yang asalnya Amoi punya…

DSC00912
Sampai kat Istana Budaya. Adeh! Gelap plak gambo…

Pidah mengambil aku kat GP lebih kurang jam 7.35 malam. Dan kami terus ke Istana Budaya. Sampai jer kat sana, dah ramai yang menunggu untuk masuk ke panggung. Tapi sebelum tu, Aku dengan Pidah pun bergambo la kat Istana Budaya tu bagai nak rak. Biasalah… Menda² macam ni perlu diabadikan dalam bentuk foto. Boleh gak dimasukkan ke dalam blog. Kui kui kui kui…

DSC00919
Antara penonton yang hadir…

DSC00913
Bergambar dengan pelakon utama. Konon…

DSC00914
Pidah yang giler bergambo… Hehehehe…

DSC00916
Aku dengan Pidah.

DSC00918 
Bergambar dengan Vanida a.k.a. Mahsuri. Konon…

Tepat jam 8.15 malam, pintu panggung mula dibuka. Pengumuman pun berkumandang menyuruh penonton masuk dan duduk di tempat masing². Aku dan Pidah di tempatkan di seat L01 dan L02. 2 seat ni berada di bahagian hadapan. Cuma ianya berada di bahagian paling kanan sekali. Ni kalau kat wayang ni, dah tentu keluar sakit kepala… Hehehehe… Nasib baik la seat di sebelah kami banyak yang kosong. Jadik kami berdua pun beranjak ke seat sebelah kiri untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik…

Jam 8.40 malam, teater pun bermula…

DSC00920
Backdrop Mahsuri yang cantik…

Tak perlulah aku ceritakan apa jalan cerita Mahsuri ni sebab rata², semua rakyat Malaysia tahu apa yang terjadik kepada Mahsuri dan juga sumpahan 7 keturunannya yang famous tu. Tapi cuma satu jer yang aku nak cerita dalam ni. Set teater tu. Cukup aku suka. Memang cantik… Tak tau la aku nak ceritakan cemana, tapi adunan set still dan jugak visual yang ditembak dari projektor mencantikkan set Mahsuri ni…

DSC00925
Abes dah pementasan…

DSC00930
Fauziah Nawi yang tengah tu. Dia la pengarah…

Habis jer Mahsuri, aku dengan Pidah bergerak ke GP. Dah lama si Pidah tahan lapar. Jadik kami pun bertandang la ke GP dan memesan makanan. Sambil makan, kami masih lagi bersembang rancak. Dari teater Mahsuri tadi, sampai lah ke cerita kerja masing². Seronok gak bersembang lama macam ni. Ye lah… Dah lama tak berkumpul dengan Geng MDC, jumpa sorang pun jadik la.

Lebih kurang jam 11.00 malam, Pidah pun meminta diri untuk balik. Aku pun sama…

p/s: Pidah, nanti kalo ada teater yang best², aku canangkan kat ko.

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog