25 April, 2009

Malam ini di GP

| No comment
Malam ni, aku menghabiskan masa malam dengan kawan² Jaquezee. Sebetulnya, memang aku dengan Lan (dan Shahrul) memang dah merancang untuk berjumpa sebab aku hendak meminjamkan memory stick PSP aku kepada Lan. Katanya, memory stick PSP 8 gig dia dah rosak. Tak per la, aku bagi pinjam dulu sebelum dia dapat menukar memori stick yang baru. Kan baru beli PSP. Hehehehe...

Habis masa berbual kosong jer, sambil merancang apa yang nak dilakukan pada hari minggu. Aku dah bagitau awal², kalau ada apa², aku tak nak hari Ahad sebab hari Ahad aku dah pun plan untuk membuat kerja aku kat rumah. So, maknanya, lepas kerja esoklah aku free...

Sambil sibuk menyembang, terpandang pulak duit Arab yang Apis bawak keluar dari wallet dia. Terus aku tengok dan melakukan aksi² seberikut yang cuba aku tiru dari blog² yang aku baca. Hehehehe... Pecah perut aku time nak ambik gambar, hasilnya tak la berapa best macam yang terhasil daripada orang yang pernah membuatnya sebelum ini...

Gambar² selepas jump...





Hehehehe... Memang tak menjadi gambar yang aku ambil. Sebab tangan aku asyik bergoyang sebab menahan ketawa melihat gambar masing². Tapi tak kisah la. Janji ada. Miahahaha...

Tak lama kemudian, Man dengan Yan pulak sampai... Dah jadik kedai alat solek pulak meja yang aku duduk. Dan Shahrul, Yan dengan Mak Ngah sibuk berbincang pasal barang² makeup yang Shahrul bawak untuk dijual. Aku dok mengacau ajer la Yan dengan Mak Ngah yang terkocoh² melihat semua barang² makeup tu. Aku dok boring sebab tak tau nak sembang apa. Lan dengan Man plak sibuk bincang pasal kereta, pun aku tak tau nak mencelah apa sebab aku tak minat. Last², aku ngan Shahrul team-up mengacau Yan dengan Mak Ngah yang tengah membelek barang makeup tu. Hehuuuu...

Ala, bukan best pun barang makeup ni, bukan bley makan pun. :p

Yan ngan Mak Ngah tengah mencoba test barang makeup...

Lan dan Man sibuk citer pasal kereta...

Tak abes lagi pilih barang makeup tu?


Tepat jam 12.30 malam, kami balik sebab esok nak keje. Esok plak kena balik awal sebab nak jumpa dengan Lia. Dia nak menerangkan memenda yang dia nak perkenalkan kat aku. Tapi yang bestnya, aku dengan beberapa budak Jaquezee nak gi makan stimboat esok! Tak sabarnyaaa... Esok aku citer. Nak tidur dah! Babai semua. Selamat malam...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog