05 April, 2009

Malam Earth Hour 2009

| No comment


Pada malam Earth Hour 2009 ari tu, aku meluangkan masa dengan kakak aku di kedainya. Kata dia nak sama² memeriahkan Earth Hour 2009 dengan menutup lampu di kedainya. Hehehehe... Seruan aku menjadi apabila tepat jam 8.30 malam, kakak aku mula menutup lampu di kedai. Tapi sebelum tu, kami masing² memasang lilin di setiap meja customer.

Tokei kedai makan di kiri dan kanan pelik dengan apa yang cuba kitaorang buat. Mmmm... lantak derang la. Derang bukan tau pun hal² macam ni. Tak faham dengan keadaan Bumi yang dah semakin parah. Yang derang tau, nak mengabiskan hasil bumi yang dah tinggal sisa² ni. Ada jugak la kedengaran sosek² dari tokei kedai lain mengatakan yang perbuatan kitaorang ni mengada² dan tak berfaedah (Tapi lantak korang la! Macam apa yang kakak aku cakap, pedulikan mulut busuk derang! Mulut macam loji taik). Ada gak yang mengatakan kakak aku ni tengah memanggil jin. Bodoh! Akai ada ka? Terrer sungguh kakak aku panggil jin sampai satu dunia dia tutup lampu! Hehehehe...

Nampak pelik la bila tempat kami sahaja yang bergelap, tapi nampak cantik dengan kelipan lilin². Dah kira jadik macam candle light dinner kedai kakak aku tu. Tapi alhamdulillah! Berkat sokongan kakak aku dan aku pada Earth Hour ni, sepanjang kedai aku ditutup lampunya, tak putus² customer datang tempat kakak aku. Tempat lain yang terang benderang semuanya kosong. Terpinga² jugak la tokei kedai yang bermulut taik tadi bila tempat derang lengang.

Hampir sejam kedai kakak aku bergelap, customer masih lagi membanjiri kedai kakak aku. Bila dah sampai jam 9.30 malam, dan sepatutnya lampu boleh dibuka semula, kedai kami masih lagi bergelap. Bukannya apa, customer yang datang semuanya meminta kakak aku biarkan lampu ditutup. Sampai ada yang suggest pada kakak aku supaya kekalkan keadaan macam ni. Derang seronok dengan keadaan tu. Tapi, lebih kurang jam 10.00 malam, kami bukak balik lampu. Baru la nampak lubang idong memasing! Tahun depan, kita sokong lagik...

Apa² pon, untuk mereka yang menyokong Earth Hour, tahniah aku ucapkan. Sememangnya Bumi memerlukan korang yang tahu menilai baik dan buruk untuk generasi masa depan.



Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog