27 April, 2009

Kopi secawan...

| 2 Comments

Pagi yang mengantukkan. Aku bangun macam biasa pagi tadi. Nak kata awal tak jugak. Nak kata lewat pun tak jugak. Kira ngam-ngam soi la. Maklumlah, semenjak-dua-menjak nih, aku ke office dengan kawan satu office aku. Kira car pool la nih… So, tak payah la macam dulu lagik, nak bangun awal pepagi dan mula berjalan ke LRT seawal 6.30 pagi.

Tapi, aku cukup mengantuk pagi tadik. Semua sebab malam tadik aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Kiri kanan aku berguling atas katil, mata tetap tak nak tidur. Geram betul aku. Bila dah dapat tidur pulak, ntah jam berapa, kaki kanan aku cramp pulak. menahan sakit aku sekejap. Rasa macam ada sebijik telur ada kat betis aku nih. Celakak betol! Dah sampai sekarang ni aku terpaksa menanggung rasa sengal bahana cramp malam tadik.

Sambil (konon) membuat kerja, dah tersengguk-sengguk aku. Adeh. Nyampah betul bila jadik keadaan macam nih. Mana tak nyer. Bila aku tertido terberdengkur la aku jap. Kantoi la. Hehehehe… Ches! Kengkadang tu, saja jer aku buat-buat bunyi berdengkur sebab nak kaber aku tertidur tu. Miahahahaha…

Apa lagik. Nescafe la secawan. pekat-pekat kaw punya. Biar mata tak ngantuk. Hehehehehe…

Tags :

2 ulasan:

  1. macam bisa ku lihat ini gambar... tapi dimana yaa???

    BalasPadam
  2. Wahahaha... Ini gambar cilok kamera Incik kot... Hahahaha...

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog