18 April, 2009

Edisi terlambat...

| No comment
Huhuhu... Tangan aku penuh dengan kerja sekarang ni. Rasa macam nak klon jer diri sendiri, biar senang nak bereskan semua kerja. Lepas balik kerja jer, mesti terlentang kat katil sampai pagi. Semuanya bahana kerja yang melambak dan bertangguh di meja aku di office. Nak update blog pun tak sempat sekarang ni. Adoyaiii... Nak kata aku merungut tu, tak la. Tapi aku rasa penat ya amat.

Semuanya bermula semenjak aku terpilih menjadi AJK Kelab Sukan dan Rekreasi APSH (KSR). Macam-macam perkara aku nak kena promote. Tertangguh jugak lah banyak kerja-kerja yang sepatutnya aku buat dekat office. Report, reminder, calling... So, bila ada masa, kena la aku balun semua kerja dalam satu masa. Nampak macam tak organize pulak kerja aku. Huhuhu...

Tapi, tak apalah. Semua ni rezeki. Tak baik aku nak merungut lebih-lebih. So, pada semua yang membaca blog aku nih, mintak mahap la bebanyak. Aku memang bizi semenjak kebelakangan ni. Menulis blog ni pun aku curi-curi masa, sedangkan kat taskbar komputer ni dah berderet kerja-kerja yang perlu dibereskan. Nanti aku akan kembali menulis semula secara full time bila kerja-kerja ni dah berkurangan...

Okay semua. Nak sambong kerja! (T_T)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog