22 April, 2009

Earth Day...

| No comment

Korang tau tak ari ni ari apa? Hari ni memang la hari Rabu. Tapi ada something yang agak special pada hari ini yang tak ramai orang yang tahu mengenainya. Sebab, hari ini adalah Hari Bumi...

Earth Day disambut pada 22 April setiap tahun (hari ini!). Ianya diadakan untuk mengingatkan semua penduduk manusia untuk menghargai Bumi kita yang satu²nya ini. Hari Bumi ini juga adalah merupakan hari untuk kita bertindak dan menambah kesedaran sivik penduduk² Bumi tentang kepentingnya untuk kita dan juga generasi kita yang akan datang.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke 39 kita menyambut Hari Bumi. Dan pada tahun depan, genaplah 40 tahun. Walaupun dah lama, kita langsung tidak menghargai adanya Hari Bumi ini dan menganggap ianya seperti tidak penting buat kita. Sepatutnya, Hari Bumi ini perlu lebih diwar²kan supaya semua manusia tahu, sebab ianya melibatkan keseluruhan penduduk Bumi. Tapi... Entahlah! Hanya sesetengah manusia yang tahu untuk menghargai Bumi yang tahu tentang tarikh keramat ini.

Setahun dari sekarang, Earth Day yang ke-40 tahun akan berlangsung. So, apa yang ditunggu lagi? Mulakan tindakan korang dengan menjoinkan diri menjadi Green Generation™ dengan mempromotekan Bumi yang lebih sihat...

Earth Day 2010

p/s: I'll be joining in! How about you?
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog