29 April, 2009

Demam... kot?

| No comment

Kepala aku pusing dan terasa berat, kaki terasa tak pijak tanah… Biji mata lak terasa pedih dan panas. Batuk tak berhenti². Hingus? Jangan cakap la… Abes lenguh² badan aku. Simptom² aku sekarang ni tengah demam. Asalkan jangan demam selesema babi udah ler…

Aku banyak mengelat daripada buat kerja tadik sebab aku sakit kepala ya amat. Ikutkan nak jer aku gi jmpa MO gi amek ubat ker, MC ker… tapi rasa malas plak nak jalan. Padahal bukannya jauh sangat pun unit aku dengan Unit Kecemasan dan Kemalangan tu, Ntah lah. Terasa dapat melelapkan mata sekejap pun jadik lah…

Abes jer kerja, terus aku bergegas balik. Cepat jugak rasanya perjalanan aku dari Ampang ke Sentul. Mungkin tak sabar nak baring atas katil kot. Ntahlah. kalau esok makin terus, aku gi la jumpa MO… Dapat MC pun bagus gak… Sambong cuti sampai Isnin…

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog