21 April, 2009

Cerempet betol!

| No comment
Hampress betol! Punya la penat aku dok memilih gegambo untuk aku upload kat sini, tetiba dia kluar error plak. Sakit betol hati dan jiwa raga aku ini. Penat betul aku menunggu...

Nak tak nak, aku kena gak mengupdate blog nih. Tak mo dikatakan bersawang. So, insyaAllah, aku akan boleh mengadap menda ni macam biasa since kerja² aku dah mula berkurangan. Cuma aktiviti kelab jer yang masih lagi terkejar². Maklumlah orang baru join. Yang lain semua dah otai...

Bercakap tentang kelab nih, aku ada beritahu hari tu yang aku telah terpilih untuk menjadi AJK dalam Kelab Sukan dan Rekreasi APSH. So, aku telah ditugaskan untuk membuat promosi untuk setiap aktiviti kelab yang akan dijalankan. So, kerja² kena buat poster la. Kena buat flier la... Banyak la yang aku kena buat untuk mempromosikan aktiviti kelab. Hmmmm... Sebenarnya, aku tak ler tau sangat menda² mempromote ni. I do not have the slightest idea where to begin with. Aku cuma buat apa yang terlintas jer dalam kepala aku nih.


Ni la poster yang aku buat ari tuh! Tak seberapa...


Ada gak la presiden menyuruh aku untuk membuat sub-committee untuk bahagian promosi ni. Mengurangkan bebanan kerja aku. Tapi masalahnyer, aku tak tau nak pilih sapa. Ada la 2-3 orang yang menjadi pilihan aku, tapi aku belum lagi menyampaikan hasrat di hati untuk menyunting mereka menjadi penolong² aku. Hehehehehe...

Adeh... Aku ni dari tadik asyik nak upload gambo. Tak bley jer... Nanti aku sambong balik. Nak tengok apa masalahnyer...

Update: Dah bley dah! Jenuh aku tengok apa masaelah! Aku restart balik modem, dah boleh!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog