26 April, 2009

Bermain congkak…

| No comment

DSC00879

Hehehe… Dah lama sungguh aku tak bermain congkak. Tapi hari ni aku berpeluang untuk mempermainkan permainan tradisional ini di GP. Semuanya gara² Kak Zie yang telah membeli congkak ini di pasar sewaktu dia membeli-belah untuk barangan keperluan kedainya. Memang comel congkak ni, cuma ianya sedikit kecil untuk aku menyelukkan tangan aku yang besar ni ke dalam lubang² congkak tersebut.

Untuk round yang pertama, aku berlawan dengan Ijat dan kami seri 2 sama. Kalau tidak, mungkin aku yang dah menang dulu. Oleh sebab Kak Zie dah memberitahu cara dan peraturan bermain congkak yang sebenarnya, maka keadaan menjadi sedikit kalut sebab nak menyesuaikan diri dengan peraturan baru tu. Sebenarnya, bukan peraturan baru pon. Memang peraturan lama yang masih diguna pakai. Cuma aku dengan Ijat saja yang tak tau pasal peraturannya. Sebelum ni pakai taram jer. nak tau sapa memang tengok siapa punya guli paling banyak…

Round seterusnya pulak (lepas Ijat balik berak… huh!), aku bermain pulak dengan Kak Zie. Memang aku kalah teruk sebab dia memang macam dah otai main congkak nih. Kena ikut peraturan yang betul. Cesss… Kalau ikut cara aku, dah lama dah menang… Kui kui kui kui…

DSC00880
Time ni, Lan dengan Shahrul pun sampai. Melekat jugak la derang tengok aku dengan Kak Zie berlawan main congkak. Bukan apa, derang suka tengok aku kalah. Cesss… Tak per… Kalah pun, kalah la, janji aku dapat main tipu. Wahahahahaha…

Lepas jer aku main congkak dan Kak Zie balik ke rumah, aku, Lan dan Shahrul ke Carrefour. Saja berjalan ke sana sebab aku nak meriki rege portable aircond. Tapi sebelum kitaorang merayau lebih jauh mencari apa yang aku carikan, kitaorang makan dulu kan Chicken Rice Shop. Rancangan semalam tak dapat nak diteruskan sebab cuma yang nak gi kami 3 jer. Yang lain tak dapat nak ikut. So, kena la postpone…

Pas makan jer. Terus gerak masuk ke Carrefour dan mencarik menda yang aku nak. Tapi tak jumpa. Sedih nyer. Terpaksalah aku mencari kat tempat lain laks…. Hehu…

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog