24 April, 2009

Berapi

| No comment

Hehehe... Dah lama aku nak buat posting ni. Tapi tak berkesempatan. Ye la, asyik tak jumpa jer bila nak. Time tak nak, merata² aku jumpa dalam bilik aku nih. Last², aku geram, satu bilik aku punggah. Ni la menatang nyer yang aku dapat kumpul...

Aiseh! Banyak pulak menatang nih. Tu berapa punya lama daaa aku kumpul. Mana tak nya. Time nak isap rokok jer, beli satu. Yang dah ada tu masih lagi elok kat rumah... Then forgotten... Time beli rokok lagi, beli lagik satu, yang aku beli tadik lupa ada dalam poket... Hehehehe...

Yang ada dalam gambar ni yang aku jumpa kat dalam pasu la, kat atas lemari la, dalam laci... Tu belum tengok lagi yang ada dalam kotak bawah katil. Ada satu plastik aku ikat tak lama dulu. Kalau aku susun lagik yang ada tu kat atas meja tu, ntah tak muat kot meja tu. Hehu...

Nanti aku beli dan beli lagik. Aku nak tengok berapa banyak yang dapat aku kumpol. Bermacam² warna, bermacam² bentuk dan bermacam² jenama. Semuanya masih lagi berfungsi. Nanti tak lama lagi, boleh la aku bukak kedai lighter plak. Hehu!...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog