07 April, 2009

Antara nak post atau pun tidak...

| No comment

Mmmm... Aku nak cakap yang aku sayang semua kawan aku, tak kira siapa pun mereka. Semua mereka penting bagi aku, sebab kalau tak ada kengkawan, sedikit sebanyak tak meriah hidup aku.

Dan bagi aku, sekiranya ada antara kami yang bermasam muka, tidak bertegur siapa... itu semua adalah adat berkawan. Tak selalunya kita berkawan itu sentiasanya gembira. Ada kalanya ianya boleh membuatkan kita marah, membuat kita sedih, dan kadang-kala merumitkan. Tapi itulah namanya berkawan, semua itu adalah ujian betapa kuatnya ikatan antara kita...

Adakalanya kita terlanjur kata, ada kalanya kita berselindung di sebalik kata² yang menyakitkan, kita terasa dengan kata² pedas, dan kadangkala kita membalas dengan cara yang dirasakan setimpal. Sedangkan kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita boleh bercakap apa saja, tapi kadang-kala perlu juga kita bermuafakah untuk memperbaiki keadaan, merapatkan apa yang jurang, dan yang dah rapat kita eratkan. Bukan dengan mengambil kesempatan, mengambil peluang untuk berperang sesama sendiri, kutuk mengutuk, keji mengeji... dan ada pula yang dengan mudahnya meleraikan apa yang sebelum ini bertaup kuat.

Sepatutnya, dalam waktu angin yang kuat bertiup sekarang, kita sama² berpegangan sesama sendiri agar tiada di antara kita yang diterbangkan olehnya. Masing² memberikan tangan masing² untuk menolong sesama sendiri... Dan bila angin dah berkurangan, sama² kita berteduh daripada panas matahari, basah daripada hujan. Jika tiada tempat berteduh, sama² kita berpanas, sama² kita kebasahan.

Ya! Aku juga pada mulanya sama sahaja. Tapi, aku cuba untuk meletakkan diri aku pada empunya kasut. Besarkah, kecilkah? Selesakan aku memakainya, ketatkah? Semua jawapan yang mungkin aku rangkaikan bersama, supaya aku dapat rasakan semuanya. Jika kasut itu besar, aku tau rasanya bagaimana, jika kecil aku turut tahu rasanya. Jika selesa bagaimana selesanya, dan jika ketat bagaimana pula sakitnya... Dan dengan itu, aku mula memahami situasi. Tiada aku di mana² pihak. Tidak bagi selatan mahupun utara. Aku berada di mana aku berada.

Kita bukan lagi semakin muda. Sepatutnya kita semakin matang dengan tingkahlaku. Kita tak perlu melatah berlebih² jika sesuatu mengejutkan. Kita tahu apa yang perlu kita lakukan apabila berada dalam situasi yang sepatutnya. Kita sepatutnya lebih arif dengan sekeliling. Bukan untuk membetulkan yang salah. Yang salah tetap salah. Dan bukan pula untuk menyalahkan yang benar. Yang benar tetap benar. Cuma kita perlu tahu untuk menyesuaikan keadaan.

Maafkan sekiranya ini menyakitkan. Cuma ianya sekadar nukilan hati yang sedang bersedih dengan apa yang sedang berlaku. Di sana aku sayang, di sini juga begitu. Di kanan menarik, di kiri pun sama. Hendak aku paut semuanya, terasa tangan ini tidak dapat menjangkau semua. Cuma jari jemari ini diharapkan dapat menyampaikan maksud untuk sampai ke jiwa masing². Aku sayangkan korang, dan aku juga harapkan korang juga sayangkan persahabatan yang dah lama kita jalin. Takkan kita hendak sia²kan masa kita bersama dan menjadi memori yang perit untuk kita lupakan...

Kita semua lebih dari kawan, kita adalah sahabat! Dan sahabat tidak membelakangi diri masing²! That's what friends are for!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog