01 Mac, 2009

Rancangan bertukar...

| 1 Comment

Sepatutnya, aku, Lan dan Shahrul akan ke Genting dan bermalam di sana pada 10 dan 11 haribulan ni. Perancangan yang dibuat semenjak seminggu yang lalu akhirnya terpaksa ditukar menjadi aktiviti riadah 1 hari sahaja yang dijadualkan pada 9 haribulan nanti.

Rancangan bertukar kerana kami akan memberikan laluan kepada perjalanan karier Shahrul yang akan bermula pada 2 haribulan. So, takkan la nak cuti pada hari pertama dia bekerja kan? Jadik, 10 haribulan ni, kami akan turut meraikan kejayaan Shahrul mendapat kerja di British India. Shahrul-san, gambarou!!! p(^-^)q

Tapi apa kena mengena dengan gambar Mak Ngah di ataskan? Tentu korang pelik kenapa gambar Mak Ngah pulak yang aku letak. Sebenarnya tu adalah gambar reaksi Mak Ngah apabila dia dapat tahu yang dia dapat turut serta dalam rancangan ke Genting pada 9 haribulan nanti. Seronok betul muka dia sambil makan bihun ladna dia tu. Hehehe...

p/s: Harap semua akan dapat join termasuklah adik aku.
Tags :

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog