02 Mac, 2009

Pemberian dari Sabah

| No comment

Sekembalinya Kak Zie dari Sabah tempohari, dia ada membelikan cenderamata dari sana. Merupakan bangle kulit sapi dengan tulisan "Sabah, Malaysia" kat atas dia. Hehehehe... Best pulak pakai sampai tak nak bukak. Ye la, bukannya Kak Zie slalu belikan cenderamata macam ni kat aku. Ntah bila lagi nak dapat.

Sebenarnya, pemergian Kak Zie ke Sabah, atau ke Tawau yang lebih spesifiknya, adalah untuk melawat anak dia yang sedang menjalani program PLKN. Tetiba dapat jauh plak si A'ai tuh. Tapi tak kisah la. Pengalaman yang penting! So, ari tuh, Kak Zie ada gak mengajak aku ke sana. Tapi aku terpaksa tolak sebab masa dan kewangan yang tak mengizinkan. Kalo masa ngan kewangan okay, aku ikut jer. Mana aku pernah jejakkan kaki ke Sabah nun.... Jauh tu! Tapi tak per. Satu hari nanti, aku akan sampai gak la.

Masa Kak Zie ada kat Tawau, dia berceritalah tentang A'ai yang dah kurus dan semakin gelap disebabkan aktiviti PLKN yang dia dah jalankan. Bagus jugak la dia kena PLKN tu. Sekurang²nya A'ai dapat mencedok pengalaman berharga di sana. Berjauhan dengan keluarga, cuba berdikari untuk hidup sendiri, tau cemana hidup selepas bersekolah dan yang penting, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warga Malaysia. Kalau dia balik tapi tetap macam dulu, tak tau la aku!

p/s: Asik orang jer yang bagi cenderamata kat aku, aku bila lak nak bagi cenderamata kat orang? Huhuhu... (T_T)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog