05 Mac, 2009

On a way to a smile - Case of Danzel

| No comment
"On a way to a smile" bermula sebagai koleksi tulisan 2 cerita pendek iaitu "Case of Danzel" dan "Case of Tifa" yang menceritakan 2 cerita berbeza yang berlaku selari dengan penceritaan Final Fantasy VII. 2 kisah ini berlaku selepas kejadian di dalam penceritaan Final Fantasy VII dan sebelum penceritaan Advent Children.

Cerita yang pertama iaitu "Case of Dansel" telah diterbitkan sebanyak 4 bahagian bermula pada 5hb September, 2005 di laman web rasmi Advent Children, seminggu lebih awal sebelum DVD Advent Children di jual dipasaran. Manakala selebihnya telah diterbitkan di laman web yang sama dua minggu berturut². "Case of Danzel" berkisar kepada watak Danzel, seorang budak misteri yang turut mendapat watak di dalam filem Advent Children tersebut.

Case of Danzel kini telah diadaptasikan menjadi animasi oleh A-1 Pictures dan akan disertakan di dalam Blu-ray Advent Children Complete yang akan dipasarkan pada bulan April nanti. Animasi ini berdurasi 30 minit dengan tayangan definisi tinggi dan semuanya adalah merupakan footage² yang terbaru.

Cerita pendek ini boleh dibaca di link ini sebelum animasinya dapat ditonton pada Blu-ray yang akan keluar pada bulan hadapan: Case of Danzel

p/s: Tak sabar nak tunggu Advent Children Complete keluar.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog