03 Mac, 2009

Hana Yori Dango

| No comment

Memang sekarang, buntut aku nih dah melekat untuk menonton drama Jepun sekali lagi. Cuma kali ni, aku menonton secara online dan stream terus ke tivi dalam bilik aku. tak der lagi nak menggunakan cd yang berkeping² banyaknya.

Video di atas adalah merupakan part terakhir dalam drama bersiri "Hana Yori Dango". Drama ni sebenarnya adalah adaptasi daripada manga Jepun dengan tajuk yang sama. manga ini mendapat sambutan yang sungguh meluas sehinggakan 2 lagi versi Asia turut dibuat iaitu versi Korea dan Taiwan. Di Korea, ianya dikenali sebagai "Boys over flower" manakala di Taiwan pula, ianya disebut sebagai "Meteor Garden". Meteor Garden? Hemmmm... Familiarkan?

Ianya berkisar tentang seorang budak perempuan miskin bernama Makino yang bersekolah di sebuah sekolah yang dihadiri oleh anak² orang kaya sahaja. Kehidupan Makino di sekolah itu pada mulanya hanyalah seperti biasa dan Makino berharap dia akan dapat menamatkan persekolahan dengan tenang. Tetapi semuanya berubah apabila Makino mendapat notis merah didalam lockernya yang diberi oleh sekumpulan pelajar super-kaya yang dikenali F4.

Macam tu lah kisahnya. Memula memang la boring tengok. Tapi lelama, rasa best lak. Season 2 drama Hana Yori Dango ni dah pun keluar dan aku belum ada masa lagi nak menonton musim keduanya. Nenanti lah!

Sesapa yang berminat nak menonton drama ni, boleh gi ke sini: Klik sini!, dan korang boleh tengok cerita ni sampai habis kat situ. Slamat menonton!

p/s: Bila la drama Melayu nak jadik cam drama Jepun nih!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog