12 Mac, 2009

Earth Hour 2009

| No comment

Korang sayangkan Bumi? Korang sayangkan satu²nya planet yang menjadi tempat tinggal korang? Jadi, apa salahnya kalau korang luangkan masa selama satu jam pada 28 Mac 2009, 8.30 malam sehingga 9.30 malam dengan menutup semua lampu di dalam rumah anda. Tak lama, hanya satu jam, dan korang telah mengundi untuk mengurangkan masalah pemanasan global. Kalau korang tak tutup lampu, maka korang tak sayangkan satu²nya Bumi kita dan korang telah mengundi untuk memilih pemanasan global.

Aku? Sebagai salah seorang ahli WWF Malaysia, pastinya aku akan mengundi untuk menutup lampu sebagai protes kepada pemanasan global ini. Acara global pada malam 28 Mac 2009 adalah acara yang ditunggu². Bersama²lah kita menghargai Bumi. Bumi hanya satu dan tiada penggantinya... VOTE! EARTH.



Untuk maklumat lanjut, sila kepautan di bawah:
Earth Hour 2009

p/s: Sokonglah seadanya!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog