06 Mac, 2009

Buat semula...

| No comment
Adey... PC aku nih membuat hal la pulak. Sedap² jer pc nih menginstall sendiri patch yang aku tak mo, dan keputusannya, ada la menatang alah yang menyakitkan mata dan perasaan aku setiap kali aku mengadap pc nih. Nak jer aku lepuk pc nih... tapi sayang la pulak. Hehe...

Mulanya, aku nak install semula Windows kat pc nih, tapi terpaksalah aku menangguhkan dulu. Ni disebabkan aku belum lagi jumpa software² penting yang ada dalam pc aku nih. Kena memunggah la jawabnya. Tu belum lagik driver² hardware yang dah aku pasang. Ntah ke mana ntah memenda tuh.

Nasib baik la aku cuti 10 sampai 12 haribulan nih. Akhirnya aku ada masa terluang untuk mengadap pc nih dan kembalikannya kepada keadaan yang asal. Lagi pun memang dah penuh pun pc aku nih dengan memenda yang tak berpekdah. Jadik, itulah masa yang sesnuai untuk aku membuat semua tu...

p/s: Nak kena buang Windows 7 demo dalam pc nih!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog