28 Februari, 2009

100 yen

| No comment

Kalo diikutkan, dah lama aku tak ambek gambo yang "menarik" untuk aku kongsikan kat blog. Ntah kenapa tipun aku nih, sekejap okay, sekejap idak. Time aku nak mengambil gambar yang pada aku sepatutnya diambil, tak nak berfungsi la pulak. Cuba time aku tak mo ambek, berderet² gambo boleh dia ambik. Kengkadang sakit jugak ati aku nih dengan tipun aku tuh. Macam nak beli jer kamera yang sememangnya dedicated untuk menangkap gambar. Bukannya kamera yang sedia ada dalam gadget lain.

Gambar di atas di ambil semasa di GP, ketika aku, Lan dengan Shahrul pulang dari kedai Jepun di The Curve. Ikutkan hati, memang aku nak beli memacam kat kedai 100 yen tu. Tapi, time kiteorang gi tu, aku belum gaji lagi. Aku cuma mampu nak beli 2 barang jer yang lebih kurang 200 yen (10 ringgit), iaitu bangle kesihatan dan jugak barang yang sedang Lan pakai kat gambar di atas tu. Yang lain, cuma tengok ajer la. Bila lagi ntah nak pegi kedai tu.

p/s: Tunggu aku borong memacam barang Jepun bila aku gi lagi nanti!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog