10 Februari, 2009

Hmmm... Sejak kebelakangan ni, banyak benda yang aku fikir. Banyak benda yang selalu mencabar minda aku dengan pelbagai soalan yang kadang-kala tak mampu dijawab. Semuanya angkara satu perasaan yang kadang-kala menyusahkan. Dan kadang-kala membuatkan aku terasa dunia ni seolah tidak menyebelahi kedudukan aku...

Sejak kebelakangan ni, fikiran aku ditusuk dengan perasaan cemburu. Pantang sedikit perkara yang terjadi, pantang satu adengan yang berlaku, pantang satu ayat yang aku dengar... Semuanya menghembuskan angin cemburu yang kadang-kala bertiup sekuat taufan, yang kadang-kala pula bertiup umpama angin petang yang bertiup lembut. Entahlah!... Mungkin mempunyai perasaan cemburu sebegini lumrah buat setiap manusia yang pernah hidup, dan tidak mungkin bagi mereka yang telah puas melalui pengalaman itu. Kadang-kala merasainya begitu menyesakkan, dan kadang-kala pula terasa seolah-olah kulit dicucuk dengan seribu jejarum halimunan pada setiap roma yang ada. Sakitnya cemburu menunjukkan belang. Walaupun kadang-kala tidak mahu perasaan itu menjengah, ia tetap datang walaupun tidak berjemput...

Cemburu itu bermaksud membenci diri sendiri disebabkan tidak mempunyai apa yang orang lain ada... Mungkin itu sedikit sebanyak definasi cemburu bagi aku. Tetapi ada juga yang memaksudkannya sebagai tanda perasaan yang kadang-kala tidak perlu disebut dengan bait perkataan. Apa jua yang termaktub samada yang tersurat ataupun yang tersirat, hanya satu sahaja yang jelas dapat dipelajari daripadanya. Sakit di hati yang amat sangat. Kadang-kala tidak dapat diluah mahupun diungkap dengan apa jua perkataan. Sakit dihati yang dipenuhi dengan gumpalan marah, sedih dan mungkin "sedikit" kecewa... (Sedikit? Sedikit bukanlah perkataan yang betul untuk menerangkannya. Kadang-kala sedikit kecewa itulah sebagai punca yang menjadi penyebab mood menjadi begitu suram!)

Cemburu dengan apa yang orang lain ada? Emas? Duit berkoyan? Kereta menjalar? Rumah banglo di tepi laut?... Cemburu dengan kejayaan orang lain? Cemburu dengan kebahagiaan yang orang lain? Cemburu dengan cinta orang lain yang berbalas sedangkan cinta yang aku ada tidak terusik masakan diintai?... Cemburu melihat pasangan saling bertukar perasaan sayang sedangkan perasaan sendiri tidak pernah merasakannya?... Cemburu itu dan cemburu ini?... Semuanya sudah aku rasakan. Semuanya pernah aku hadapai, semuanya sedang aku rasai!

Tapi itulah lumrah bagi insan kecil di muka bumi ini. Dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Tak dapat aku nak tolak, tak dapat aku nak tahan, tak perlu aku hindar kerana perasaan itulah yang menjadikan aku manusia. Manusia pada norma masyarakat yang menganggapnya satu kebiasaan. Kebiasaan yang lambat-laun disebut sebagai keterlaluan jika tidak dibataskan. Tetapi akhirnya, cemburu itu tetap menyakitkan!

Sedang aku cuba untuk mula berfikir, masa mula mencemburi aku!

(x_x)
Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog