19 Januari, 2009

Sehari di rumah Ninja...

| No comment
Wohooo... Aku nih, aku ada temujanji dengan kengkawan gamers BDN nak bertandang ke rumah Ninja a.k.a. Enal di Ampang. Setelah mendapat lampu hijau daripada Enal, kiteorang pun mula bertandang di rumahnya bermula pada pukul 3.00 petang.

Lepas makan kul 12.00 tengahari tu, aku pun terus menuju ke stesen LRT Ampang, tapi aku benti dulu kat Bandaraya sebab nak cucuk duit. Duit dalam poket ada seploh jer. Ehehehehe... (^_^)! Then bila dah sampai Ampang, aku terus ambil teksi dan menuju ke Carrefour Ampang. Tunggu Damak sekejap kat situ sebab dia kata dia nak kutip aku. Hehehehe... Macam sampah lak aku membahasakan diri sendiri dengan "kutip". Bila dah sampai, bertembung pulak dengan Sub and wife and baby (kiyut giler macam nak gigit pipi dia), Akid, Nerv dan last skali dengan Datin Byha yang tengah menunggu kat bawah apartment Enal sambil men game.

Sampai jer rumah Enal, dah kagum dah dengan interior dia. Kemas dan menarik. Memang cozy giler la rumah Enal. Dok la bersembang dengan yang lenglain sementara menunggu Enal membuka secara rasmi "The Place of Zen" of the house. Gaming room. Miahahaha... Memang besh giler. Bila dia on jer "Bravia" 70 inci dia, memasing drooling dengan kecantikan gambar yang dipancarkan (sebenarnya Enal pakai projektor yang dipancar ke dinding yang dah dipasang dengan frame yang menyerupai tv Bravia). Muahahaha... Menangis jap (T_T) tengok gambar. Huhuhuhu...

Cenderamata si Enal dapat waktu launch MGS4 dulu.

Skrin yang menunjukkan game LBP yang kiteorang men reramai. Sori gambo gelap. Tipun aku yang mengong.

Datin Byha ngan Damak yang tengah drooling men LBP.

Enal, Akid ngan Nerv pun drooling sama. Hehe...

Level paling susah waktu men LBP. Time ni la waktu paling gamat sebab karekter memasing mati dalam keadaan yang melucukan!

Duduk la situ kiteorang sambil mencuba game dan menonton movie dengan "Bravia" 70 inci si Enal tu. Sedar² waktu dah pukul 8 malam ko! Hehehehe... Tak sedar kiteorang tengok citer Happy Feet yang kononnya hanya untuk "preview" tapi tengok sampai habis lak! Habis jer tengok Happy Feet, sembang jap bergelak ketawa sakan, sebelum kiteorang menuju ke Carrefour untuk makan dan minum. Kendian kiteorang balik semula ke kawasan apartment Enal berkumpul untuk bersurai... Enal hantar aku ke LRT Ampang dan aku sampai rumah dah nak dekat kul 12.00 tengah malam. Hehehehe...

Damak yang tengah membaca majalah.

Enal tengah buat apa ntah ngan laptop dia. berFB kot. Hehehehe...

Datin Byha yang tengah tergelak besar!

Datin Byha yang mengambil gambar tima makan kat Carrefour.

Habis la seharian bersama Enal pada hari ni. Tapi ntah, rasa puas hati sesangat hari ni. (^_^)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog