30 Januari, 2009

Hari yang hampeh!

| No comment
Memang la hari nih. Nak kata aku sakit ati tak, nak kata aku nyampah pun tak gak. Perkataan yang sesuai adalah, redhakan ajer la! Bukan apa, dah la aku bangun awal hari ni sebab ntah cemana aku terjaga dan terus bangun pagi... awallllll pagi dari biasa. Jam 5.15 pagi. Selalunya aku set alarm dua kali, kali pertama untuk menyedarkan aku dan membuatkan aku tidur² ayam kemudiannya, dan alarm kedua adalah untuk aku bangun dari katil dan bersiap untuk ke kerja... Tapi pagi tadi, ntah apa halnya, lepas jer alarm pertama, aku terus bangun dan mandi sebab aku ingat aku dah terlambat... Akibatnya, 5.45 pagi aku dah siap...

Dah siap awal, bukak la tibi jap layan Knight Rider 2008 yang baru aku donlod hari sebelumnya. Dah jam 6.30 pagi, aku pun terus la bergerak ke LRT. Sampai stesen LRT, tup² stesen LRT tak bukak. Ada notis besar cakap LRT ada masalah teknikal. Siot tol! Dah la siap awal, ingat sampai opis awal, last² aku patah balik ke GP, antar mesej kat Ainol cakap aku nak tumpang dia gi keje. Nasib baik la ada Ainol, kalo dak, lambat la aku gi keje. Mana tak nya, dah la pengguna LRT tu ramai, bila tutup cam ni, memasing dok menahan teksi nak gi kerja. Tak berkesempatan aku nak tahan satu, orang lain dah amek dulu... Untuk Ainol, mekasih la sebab sudi tumpangkan aku! Hehu!!!

Sementara menunggu Ainol siap, aku pun sarapan la dulu kat GP. Nasik lemak dengan teh tarik yang memang dah lama giler aku tak rasa... Ini la kali pertama lepas nak dekat 2 tahun yang lepas... Hehehe... Bila dah abes sarapan, aku pun terus tunggu Ainol kat bawah Menara Orkid. So, eberiting macam biasa la sampai la kat opis.

Kat opis tak ada apa yang menarik berlaku. Macam biasa jer. Cuma ari nih aku kena mengadap reminder² yang menimbun kat atas meja aku yang by hook or by crook mesti keluar pada hari ni jugak!. MasyaAllah!!! Naik pijor mata aku tengok reminder² tu. Dah la nak dekat 40 ke 50 helai... Pas tu nak kena courier la pulak. Jenuh la aku menonyoh borang courier tu satu persatu, nak staple atas sampul (sebelum tu kena plak lipat dan masukkan dalam sampul) pastu nak tulis alamat atas dia. Tuhan ajer yang tau betapa lenguhnya tangan aku menulis alamat satu persatu atas borang courier tu... Hmmmm... Satu hari habis mengadap menda tu jer. Tapi nasib baik la semua reminder² dapat keluar ari nih. Kalo tak, lari lagik la aku nyer target!!!!

Pas tu nak balik rumah plak, aku tak bley nak ikut jalan biasa. Dah LRT rosak, tak dapek la aku nak naek. Kena la aku ikut jalan jauh. 3 kali bas aku turun naik nak sampai ke Sentul. Memula nunggu bas kat Ampang Point yang menuju ke KLCC. Itu pun pas ujan! Pastu, bila dah sampai kat KLCC plak, kena tunggu plak bas nak gi Titiwangsa. Menunggu lagik. Dah sampai bas, adessss... Dah macam tin sardin la plak! Aku kena la berdiri dari KLCC tu sampai ke Titiwangsa. Yang menyakitkan aku time nih, traffic jam! Berdiri aku kat dalam bas tu nak dekat sejam. Padahal, bukannya jauh benor pun nak sampai nya...

Dah sampai Titiwangsa lak. Menunggu lagik. Kali ni tunggu bas T223 plak yang menuju ke Sentul. Hmmmm... Kat sini, aku menunggu sampai gelap nunggu satu bas nih. Bas lain dah 4-5 kali lalu, tapi satu bas ni jer yang tak lalu². Pekejadah! Derang buat pertandingan ting² ke atas bas T223 nih. Sampai sakit blakang aku menunggu. Kejap berdiri, kejap duduk. Tu pun kena tunggu giliran... HAHAHAHAHAHA... Ye la! Tunggu la giliran bila orang yang nak duduk tu bangun, baru la boleh duduk. Adesssss...

Sampai jer kat depan MO, waktu time tu dah 8.30 malam. Terus aku gi GP untuk dinner. Dengan muka berminyak dan berlengas, dengan uniform tak tukar. Dengan penat segala... Ades, aku rasa, ini la waktu paling panjang dalam idop aku untuk balik ke rumah. Mau kat 3 jam. Kalo aku naik bas dari KL ke Ipoh pun dah sampai!!!

Hmmmm... Redha kan jer la apa yang berlaku ari nih! Aku nak tido pas nih. Penat!!!

p/s: Memintak la esok ada LRT dah. Susah nak gi keje weh!!!!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog