17 Disember, 2008

Rutin kebelakangan ni...

| No comment


Sekarang ni, waktu yang paling aku tunggu-tunggukan adalah waktu pulang selepas kerja. Bukannya apa. Sejak kebelakangan ni, kerja-kerja aku bertimbun untuk dibereskan.

Tiap pagi aku akan keluar awal ke pejabat, dan di pejabat pulak, aku menghadap kerja sehinggalah waktu makan tengahari, dan selepas itu aku akan kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi. Tak ada lagi masa nak melawat jabatan IT seperti biasa...

Sampai je ke rumah, bila letak je kepala ke bantal, sah-sah aku akan hanyut sampai ke pagi. Kadang-kadang tak sempat aku nak tengok perkembangan berita...

Mak Ngah ntah-ntah dah merajuk dengan aku sebab slalu sangat aku tak lepak GP bila dia ajak, sebab keterlanjuran aku menidurkan diri tak hingat dunia. Dah dekat dua kali dah. Last-last, bila dia mengajak lepak lagi kat GP, aku tak nak lagi berjanji sebab takut tak dapat ikut. Huhu...

Hai... Ni sekarang aku dlm LRT nak balik ke rumah. Menguap je aku sepanjang perjalanan. Tido lagi la aku malam nanti... Uuuuu...

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog