25 Disember, 2008

Malam Krismas...

| No comment

Semalam, lepas kerja, aku dengan abang aku Izat, saja nak menghabiskan masa berjalan di Low Yatt Plaza. Al-maklumlah, dia jadik orang bujang kejap sebab wife dia still lagik kat kampung habiskan cuti bersalin. Aku pulak memang tak tau nak buat apa kat rumah. Esoknya (hari ni) cuti. Saja mencuci mata dengan bebarang komputer kat sana.

Kononnya, abang aku tu nak mencari kayboard laptop dia yang dah rusak tu. Pusing punya pusing, last-last tak jumpa pun dengan kehendak hati. Ada tu memang la ada, tapi rege memang la mahal diketuk dengan mamat-mamat Pakistan yang dah makin ramai kat Low Yatt tu (nyampah plak aku!). Last-last, kiteorang pusing mencari menda yang aku nak pulak. Apa bendanya? Nanti aku cerita...

Aku ingatkan, kejap ajer la kiteorang kat sana, tapi hambek ko! Nak kat pukul 11 malam baru balik. Apsal lama sangat? Sebab brother yang bikin benda yang aku beli tu belum siap lagi. Jadik, aku dengan abang aku pun pusing-pusing la merata kat kawasan Low Yatt dengan Sungai Wang tu nak tengok keadaan malam Chrismas Eve.

Penuh semua tempat dengan anak-anak muda cina Kristian yang nak menyambut krismas nih. Bertin-tin penyembur buih derang spray dekat orang yang lalu-lalang. Havoc la sana sini. Kat celah-celah bebudak muda tu, ada jugak la bebudak Melayu yang terhegeh-hegeh nak menyambut krismas nih. Macam tak tau hukum plak (padahal ramai gak antara derang yang langsung tak tau hukum pun...). Sesama la derang dok pakat berkumpul sesama untuk countdown dengan bebudak Cina tu sambil spray sana sini. Huh! Mata aku nih sakit plak tengok!

Then, aku dengan abang aku, kembali ke Low Yatt untuk mengambil bebarang yang aku beli tadi. Tapi malangnya, menda tu masih belum siap. Duduk la kami berdua berborak dengan tuan punya kedai tu yang bernama Rizal bersama dengan wife dia sehinggalah siap menda yang aku beli tu. Hehehehe... Tapi, seronok jugak la berborak dengan tuan kedai tu. Selain tuan kedai dan isterinya yang peramah, derang gak ada la memberi tips-tips dan pengetahuan serta pengalaman derang kat aku dengan abang aku... Memang aku puas hati!

Bila siap jer barang yang aku beli tu, aku dengan abang aku pun mula la berangkat pulang. Dia naik motor dia, aku plak naik monorel dan LRT.

Bila samapi area rumah plak, aku jumpa dengan Lan dan Shahrul. Berborak lak dengan derang sampai 12.30 pagi... Adeh! Penatnya berjalan semalam! Hehehehe... Lepas tu apa lagik, menggodek la menda yang aku beli tadik sampai ke pagi. Yeahooo... Esok cuti! Eh! Ari ni la!... Kui kui kui kui...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog