26 Disember, 2008

Ermmm...

| No comment
Tak ada apa yang aku nak tulis. Cuma nak meluahkan hasrat hati yang dah lama terpendam. Hehehehe... Bukan apa pun. Sebenarnya, aku dah busan tengok layout blog aku nih. Dah macam ketinggalan zaman lak. Lama dah tak update dengan memenda baru...

Aku hingat, awal tahun nanti, aku nak redesign balik blog aku nih. Nak masukkan balik memenda yang banyak aku dah tinggal daripada aku includekan dalam blog nih. TTDBID misalnya. Banyak lagi yang aku tak masukkan. Banyak gak link-link yang bagi aku menarik tapi aku tak masukkan. Dan yang paling penting, memenda yang aku create hasil dari tulisan aku yang macam dah berhabuk dalam pc aku tuh. Cerpen la, sajak la... Dan yang penting novel yang belum siap-siap lagi aku tulis. Semuanya dok terperok dalam pc aku tuh.

Rugi gak kalo tak publish kat blog nih. Wat pe simpan buat koleksi sendiri. Bagik orang baca pun bagus. Hehehehe... Bagus ke, idak ke... Kalo bagus bagusla, kalo tak bagus, senyap udah la. Kalo nak komen sikit-sikit pun okeh jugak. Boleh gak aku memperbaiki penulisan aku tuh...

Hehehehe... Apa-apa pun, tunggu jer la page aku yang baru bila-bila masa dari sekarang. Itu pun mengikut kerajinan aku. Selagi tak abis aku mengkhatamkan cerita CardCaptor Sakura tu, mungkin tak jalan lagik kot. Bwahhhhh... Tengok la nanti.

Tu je. Ja' ne!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog