09 November, 2008

Windows 7

| No comment
Wuhuhuhuhu...

Aku baru nak berjinak² dengan Vista setelah aku upgrade dari XP. Bermacam² menda yang aku discover semenjak dua menjak ni lepas aku godek² Vista kat pc nih (terutamanya feature "Dreamscape" tu. Hehehehe... Sonok dapat tengok desktop aku bergerak² dengan background video). Tup², aku baca berita Windows 7 (juga akan disebut 7) dah schedule untuk release dalam tahun depan. Adoiyai!... Hehehe... Aku biasa la, ada yang baru nanti, install la. Nak tau apa yang istimewanya Windows yang baru tu...

So, kenapa dinamakan Windows 7? Apa yang aku baca, sebelum ni, Windows dinamakan mengikut versi atau tarikh keluaran Windows tu macam Windows 3.11, Windows 95, Windows 98, Windows 2000... So, untuk menamakan windows terbaru ni mengikut tarikh keluaran dikatakan tak lagi releven sebab Windows tidak dikeluarkan setiap tahun atau setiap masa, maka nama seperti Windows 2009 sudah tentu nama yang tak praktikal. Manakala nama mengikut "aspirasi" seperti ME, XP dan Vista pula dikatakan tidak mencerminkan apa yang cuba Microsoft capai. Jadik, kesepakatan untuk menamakan Windows terbaru ini sebagai "Windows 7" adalah berdasarkan bilangan keluaran Windows oleh Microsoft. Oleh kerana keluaran terbaru ini merupakan keluaran Microsoft yang ke 7, maka nama "Windows 7" pun dilahirkan!

Tak banyak yang diketahui mengenai Windows 7 ni selain "simplicity" yang dicanang²kan oleh Microsoft. So apa yang baru? Jom tengok...


Antara perubahan kosmetik yang amat ketara adalah taskbar. Taskbar Windows 7 sudah berubah sama sekali daripada taskbar yang kita ketahui. Tak ada lagi diskripsi text pada button pada taskbar, yang ada cumalah ikon besar yang apabila dilalukan tetikus diatasnya akan menunjukkan beberapa set thumbnail.


Apabila tetikus di tekan sebelah kanan, user interface yang baru yang dipanggil "Jump List" akan kelihatan.


"Jump list" ni juga terdapat di "Start menu".

Sebenarnya "Jump list" ni adalah ciri utama kepada pengguna untuk memudahkan mereka mencapai apa sahaja program yang selalu mereka gunakan. Semakin kerap sesuatu penggunaan program, semakin tinggilah kedudukan program ni dalam "Jump list".


Satu lagi ciri yang menonjol dalam Windows 7 adalah "Windows management". Secara puratanya, pengguna Windows selalunya menggunakan 1 atau 2 window pada satu² masa, tetapi 7 dapat organize window dengan cepat dan mudah. Dengan cara drag window ke kedudukan paling atas, 7 akan automatik menyusun kedudukan window² ini, yang paling atas akan dimaksimakan manakala drag window ke kiri atau ke kanan akan menyebabkan window bersaiz 50% daripada keseluruhan skrin. Dengan cara ini, 2 buah window diletakkan pada kedua² belah skrin untuk memudahkan interaksi antara keduanya.

Satu lagi feature dalam Windows 7 ini adalah feature "peeking/intai" pada window. Feature ini digunakan untuk membaca apa² yang ada pada window yang tidak aktif secara mouse-over ikon pada thumbnail di taskbar. Dengan cara ini, semua windows yang ada pada desktop akan bertukar menjadi outline kecuali window yang dimouse-overkan pada thumbnail.


Desktop juga dapat diintai dengan cara ini


Mengintai desktop di Windows 7 adalah amat signifikan. Ini kerana kebanyakan gadget kini live di desktop. Gadget pada Windows 7 kini diletakkan pada desktop, tidak lagi dibahagian tepi sebagaimana Vista. Ini kerana penggunaan notebook telah semakin meluas dan penggunaan ruang di desktop semakin bertambah. Jadi, penggunaan sidebar tidak lagi menjadi sesuatu yang diperlukan.


Sistem tray jugak dah banyak berubah. Secara default, tray ikon yang baru akan disembunyikan ataupun diinvisiblekan. Ia akan ditunjukkan sekiranya pengguna mengaktifkannya. So, lepas ni tak adalah lagi notis² yang menyakitkan hati.


Satu lagi ciri yang signifikan pada Windows 7 ni ialah Explorernya. Windows 7 memperkenalkan konsep baru dinamakan "Library". Secara teknikalnya, Library ni berfungsi seperti WinFS tetapi lebih ringan. Ianya menyediakan view kepada bahagian sistem fail abritari dengan cara mengoptimisekan organisasi kepada kepelbagaian jenis fail (aku pun penin!). Kira senang kata, nak carik dan manage fail makin senang la!


Gitu ler Windows 7 yang baru! Kita tengok jer la nanti!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog