17 November, 2008

Menanti debaran...

| No comment
Debaran yang sedang Along dan isterinya tunggu, dah pun mendapat tempiasnya kepada aku. Aku pun sama berdebar untuk menunggu kehadiran ahli keluarga baru yang dijangka akan dilahirkan pada hari ini. Bila tak pasti. Tapi yang pasti memang hari ini...

Kakak Ipar aku telah di"induce" untuk mempercepatkan kelahiran. Ini kerana keadaan kakak ipar aku yang sedang mengalami keadaan darah tinggi sewaktu ini, jadi doktor telah menasihatinya untuk mempercepatkan kelahiran yang dijadualkan pada hari ini 18.11.2008. Sepatutnya due pada 19 haribulan...

Berita yang aku dengar, kakak ipar aku sewaktu ini sedang sakit² untuk bersalin setelah dimasukkan air oleh doktor (mungkin juga diberi suntikan). Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan kakak ipar aku akan selamat melahirkan ahli baru keluarga kami. InsyaAllah...

Semoga semuanya selamat!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog